Showing posts with label Bisik-bisik. Show all posts
Showing posts with label Bisik-bisik. Show all posts

27.12.14

Oh Terkilan

Banyak benda yang kalau boleh

nak ulang balik masa dulu.

Nak ubah balik keputusan yang pernah aku buat. 

Nak tarik balik kata-kata yang pernah aku ucap. 

Nak tolak permintaan hati yang tak sampai ke mana.

Nak buat semua tu.


Yang paling aku rasa menyesal ialah

memberi harapan kepada manusia bernama lelaki.


Dulu

orang pernah cakap 

"Jangan mudah memberi jawapan ya"


Dulu

orang pernah beritahu

"Fikir dulu. Jangan ikut hati."



Ohh

Keras sungguh hati masa dulu.

Degil sungguh perasaan masa dulu.



Otak dah bisik banyak kali pada hati

Tapi hati tetap hati.


Sekarang baru aku tau perasaan menyesal.

Ya

sebenarnya tak perlu menyesal

sebab semua benda tu mengajar kita supaya tak berlaku lagi masa depan.

Memang sangat mengajar.

Cuma rasa menyesal itu timbul bila

terkilan.


Kenapa terkilan?

Sebab dah kecewakan hati orang.

Sebab dah sedihkan hati orang.

Sebab dah habiskan masa yang diluangkan bersama.


Sebab

Tak dapat nak minta maaf pada mereka.


Ya

mereka.

Jadi kalau mereka terrrbaca entri ni

minta maaf.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

31.5.14

Fikir logik

Kadang-kadang rasa geram ,marah, sedih, stress. 

Tapi, 

Tukarkan semua jadi indah.






Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.9.10

Sahabat

Dulu masa kanak-kanak riang (ye ke?), cuba utk buat 1 puisi. Utk seorang sahabat. Mungkin x seindah mana. Harap maklum.

Suatu hari yang aku pasti
Kini kembali menemani
Persahabatan yang disahut kembali
Tanpa ragu lagi
Dan tak akan pergi menyembunyi
Bagai kabus yang di usir mentari

Ungu misteriku
Kau ungkap satu persatu
Hijau cemburumu
Tak terungkap olehku
Namun aku tahu
Tanganmu tetap mengenggam tanganku

Janji yang terpateri di sudut hati
Ingin ku tulis di langit melatari
Walau dihujani
Aku pasti
Sinar akan muncul kembali
Nanti mesti dihiasi pelangi



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

10.8.10

Dia

*pict xde kena mgena

Ianya angan semata
Ada
Tapi bukan di alam nyata

Cerita antara aku dan dia
Disimpan di sana
Percayalah
Takkan ada sesiapa menyentuhnya

Tawa
jika itu hendaknya
Biar aku ambil gulananya
kerana
Esok perlu ada senyumannya

Biarpun jasadnya di depan mata
Hati sengaja mengaburkan desakkannya
Otak geliga mencari cerita bahagia
Biar dia tidak bermakna

Bukan tak percaya
Cuma belum tiba saatnya
Mungkin ada
Biarlah di sana
kerana aku tahu
menanti itu
.....

*ayat x kemas sbb buat on d spot.

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

13.5.10

Bisikku



(klik gmbr utk imej besar)
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~