Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

27.12.14

Oh Terkilan

Banyak benda yang kalau boleh

nak ulang balik masa dulu.

Nak ubah balik keputusan yang pernah aku buat. 

Nak tarik balik kata-kata yang pernah aku ucap. 

Nak tolak permintaan hati yang tak sampai ke mana.

Nak buat semua tu.


Yang paling aku rasa menyesal ialah

memberi harapan kepada manusia bernama lelaki.


Dulu

orang pernah cakap 

"Jangan mudah memberi jawapan ya"


Dulu

orang pernah beritahu

"Fikir dulu. Jangan ikut hati."



Ohh

Keras sungguh hati masa dulu.

Degil sungguh perasaan masa dulu.



Otak dah bisik banyak kali pada hati

Tapi hati tetap hati.


Sekarang baru aku tau perasaan menyesal.

Ya

sebenarnya tak perlu menyesal

sebab semua benda tu mengajar kita supaya tak berlaku lagi masa depan.

Memang sangat mengajar.

Cuma rasa menyesal itu timbul bila

terkilan.


Kenapa terkilan?

Sebab dah kecewakan hati orang.

Sebab dah sedihkan hati orang.

Sebab dah habiskan masa yang diluangkan bersama.


Sebab

Tak dapat nak minta maaf pada mereka.


Ya

mereka.

Jadi kalau mereka terrrbaca entri ni

minta maaf.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

24.3.14

Lukis

Assalamualaikum. Hua.......takot naik cuti dah mula mengajar. Jadi cikgu oii. Cikgu Fatin. Setelah hampir 5 bulan menganggur goyang kaki-la-sangat kat rumah akhirnya bz la pasni. Tak pe, masih ada seminggu jadi kita lupakan kejap. Surat pun tak smpai lagi.

Kat instagram ri tu aku da post lukisan orang yang aku buat. Tapi terbiar begitu sahaja sebab tak reti lukis mata. Hadoi. Leceh serius kot kalo nak buat mata comel bulat gitu. Sebenarnya kena praktis. Aku baru praktis sekali je. Rasa cam give up dah sebab hasilnya tak berbaloi dengan masa yang aku habiskan. Haha. Biasalah tangan tak de seni. So, belek2 la pinterest. Da jumpa gamba kartun comel. Simple. Tak yah detail sangat. Esp tang mata. Hum, napa tak buat je gini. Mata tertutup gitu. Tak yah pening2 nak lukis mata kan. Contohnya cam gambar kat bawah ni. I yang lukis sendiri. Kaler pakai kaler air. Tu yang basah sket. Patut tggu kering sket tapi biasalah, gelojoh.



Simple je. Toksah susah2. Memang la tak sama langsung. Mesti korang tanya kan bakpe la aku duk sebok2 lukis benda alah ni. Bukan pe, untuk buku jurnal i. Bosanla kalau asek tulisan je kan. Nak gak lukis2. Tak ada idea nak lukis gaya pe, tiru gamba retis yang posing macam2 gaya tu. Ala ala inspired gitu.

Nape eh suke lukis gamba org? Entahlah. Sebab suka...

p/s Katun yg i inspired sangat tu adalah karya nan lawson. comeeeiii...

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

15.2.14

Jerangkap Valentine's Day

Assalamualaikum..

Saya tak sambut benda2 ni. Tapi memang tak boleh nak elak la untuk baca wish2 kawan2 yang bukan Islam dekat fb. Tak kisah pun. Terpulang pada mereka.

Lagi satu tak boleh elak ialah jerangkap Valentine's Day ni. Ceit! Yup, aku kena. Jap eh ingat balik bile..hum...sehari sebelum V'Day tu la. Al kisahnya bermula...

Pagi tu lepas solat subuh, bentang tilam depan tv. Pastu tutup lampu, pasang kipas. Tido. Hahaha...ye tido.

Dalam kul 8 tu tiba2 bunyi telifon rumah. Kacau sungguh. Rasanya baru lelap mata. Mula tu bia je sebab ingat adik angkat. Tapi tak angkat2. Duk jerit2 panggil adik soh angkat tepon. Sambil baring ni. Padahal telifon rumah tu dekat nau dengan aku. Hahaha.. Tak senonoh sungguh.

Telifon ni plak tak berhenti2. Salu kalau lama orang dah letak tepon. Hum..tak pela bangun je la. Rupa2 nya adik kua. Nak tak nak angkatla tepon. Kot2 la mak ayah tepon. Yela, lama kot bunyi. Macam urgent. Salu ayah kata kalo org tepon tak yah angkat. Takut2 orang saje nak test. U know. Orang nak pecah masuk rumah orang kol nak pastikan sapa kat rumah. Sekarang ni macam2 cara kan.

Angkat tepon. Lama biar tak cakap pape.

"Hello." Aku cakap.

"Hello." Suara laki.

"Nak cakap dengan sapa?" Mamai masa ni huhu.

"Cong ceng cong ceng" Cakap cina. Aku tak paham.

"Awak salah nomborla."

"Cong ceng cong ceng"

Hish tak paham bahasa melayu kot. "Silap nombor la."

"I nak cakap dengan U la."

Masa ni dah sedar sikit dari mamai.

"Sapa ni?"

"I kenal U. U tengah buat ape? Suara macam baru bangun tido saje."

Hish.. Ok. Masa ni memang malu hahaha. Gile ko laki kol tau ko tido lagi haha. Tapi sekarang dah tak malu. Sebab rasa benda tu biasa je. Tapi bukan kebiasaan OKKK..

"Ei..sapa ni?"

"U ni. I la. I kenal U. I nak main dengan U."

Ceit! Masa tulah macam ada penampar kat pipi bagi aku sedar sikit dari mamai. Gila orang ni!

Terus tutup telifon. Jantung dup dap dup dap tau. Takot macam2. Takot dia kol lagi. Takot ntah2 dia kat luar rumah ke. Huaaaaaa takot.

Tapi nampak tilam. Hahaha....taula kan ape yang jadi. Kita tido dulu!

Esoknya, baru aku tau. Mak cerita dekat sekolah anak2 murid mak (mostly perempuan sebab mak mengajar ERT) yang ada orang laki telifon. Cakap sayang bagai. Macam dah lama kenal. Mak cakap, yelah sebab V'Day ni dia nak cari orang la. U knoww....

Yup, orang desperate gile2 macam tu, memang LOSER. Kalau ko single, buatlah macam single! Ape nak malu? Ingat orang kapel tu hebat sangat? Tak tuju kat sapa2 ye. Ini secara umum. Jadi diri sendiri. Peduli hape orang nak cakap tak laku o-wat-so-everrr.

Hahaha..emo plak kan. Bukan ape. Macam murah sangat. CINTA tu mahal sebenarnya. Cuma kadang2 manusia ni yang buatkan dia nampak murah.

Kadang2 terfikir. Ade ke perempuan yang terkena dengan cara ni eh? Mungkin ada. Sapa tau? Takotnyeeee..

Moral  of the story. Kalo rasa pelik2 tu terus tutup telifon. Senangnya, jangan angkat telifon. Done!
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

28.3.13

Azam

Assalamualaikum. Rindunye nk tulis blog. Kalo dilihat daripada archive dh 4 bulan x mengepost apa2 kat sini. Maafla. Ini dicampur dengan kebizian dan kemalasan. Haha...mcm la da org baca.

Tak kisah la tu. Hum...tahun ni tahun terakhir kat maktab ni. InsyaAllah tahun depan kerja. Takotnye. Sekarang ni pun tgh dalam prktikum terakhir dekat pontian. Hum...nk cerita macam2. Tapi, tggu la habis prktikum ni. Baru best cite. 1 post tu msti panjang. Al-maklumlah 3 bulan.

Tahun baru ni (walaupun dh bulan 3), nk gtau azam tahun ni. Azam saya ialah jeng jeng jeng... blaja masak & menjahit. Amacam? Adventure kan? Hahaha..adventure untuk kita la. Bkn senang tau nk masak. Kita bukan xreti masak cume cepat konpius untuk guna bahan2 dia. Last2 buat resepi sndiri. Tapi, bila dh meningkat umur ni malu la kan kalo masih macam ni. Kalo boleh nak konfiden la bila masak. Tanpa rasa was-was. Menjahit plak. Kita nak menjahit apa2 je terutama baju kurung yang dah bertahun lamanya mak ajar & xpernah2 lulus. Tahun ni azam tu ok.

Azam tahun lepas dh terlaksana. Tahniah Fatin! Azam tahun lepas ialah tak nak tgk wayang. Hahah..ingat senang ke? Pergi jenjalan mesti lalu wayang. Nasib kita blh sabar tau. Tahun ni masih diteruskan tp rsanya dah boleh thn sebab dah puasa tgk wayang setahun. hihihi xtergugat lagi imanku.

Ok, gmbar xde kena mengena


Macam2 nak buat tahun ni. Serius. Sebab fikir tahun depan mesti macam2 mungkin terjadi. Bayangkan lah tahun depan nak kerja, sorang2 dah xde kawan2 cm sekarang. Kalo dekat ngan rumah xpela. Kalo jauh xke haru. Lagi satu kejayaan yg mmg x terfikir pun dulu ialah boleh bawak kete hahaha... Macam simple je kan? Tapi kalo korg nak tau, masa mula2 bawak kete kat JB satu bende pun kita xtau tau. Kat rumah mana da bawak sejak dpt lepas lesen pas SPM. Tahun 2006 kot. Memang gila2 la bawak kete. Dah la kat JB tu. Dengan bertemankan kete berplatkan A, jadi mungkin boleh dijadikan alasan kalo membuat silap. Kunun2 baru dtg JB. Bila ingat balik, hish....memang pengalaman mengajar kita menjadi org yang berani. Bak kate mak, belasah je.hihi sedangkan org yg bertahun bawak kete pun ada buat silap.

Ok. Sayangku Oren. 


Last but not least, hum.... sikap. Haha...susah sbnrnya nk ubah sikap sendiri. Tapi kalo boleh nak ubah skettt je iaitu menerima org lain. Maksudnya menerima macam mana ye? Menerima org untuk cipta kenangan dalam hidup saya. Selalunya susah sangat sebab banyak fikir tentang keburukan masa depan nanti. Itulah, inilah.... Tapi rasanya sekarang ni dah ok skeettttt. Kita rasalah. hihi Lagi satu suke buat kerja sorang2. Tak salah kalau bcakap masa buat kerja Fatin.


Ok. saya memang suka buat keje sengsorang.



Hum...kenapa nak kena gtau eh? Sebabnya, kalo kita sorg je tau azam ni. Nanti suka2 hati je. Tak tercapai azam pun xpe. Bukannya da org tau. Ni at least la da org tau & mereka boleh tegur. Kan kan kan...
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

12.5.12

Gudbai

Salam.

Jerawat i makin banyak. Yea yea...suke2. I mmg suka org sume tego  i. I mmg suke sume org tgk i. (mata pndng ke atas)

Tapi alhamdulillah, skg ni dh makin menghilang. Ye, berambos la ko dr hidup aku. Berabis duit kot utk muke je. Seyes, apa yg aku pakai dulu dh selamat kt dlm tong sampah. GUDBAI.

Ingat nk kira harga tiap satu yg aku buang tu. Tapi tengok pn dh tau. Dekat ratus gak r. Muahaha... siap beli teh buang toksin. Skg ni aku rsa badan aku xde toksin dh. Boleh mcm tu? Lain, aku tempek tomato & lemon 1 muka. Pedih kot. Tp aku tahan je. Nak cantik pnye pasal (tgn d bahu). Ko pnh wat? Xde..

Mgkin da yg kata aku MALAS cuci muka ke apa. Ade kot yg ckp dh gatai sgt? Ko hingat kalo kua jerawat tu gatai la? Abeh tu muka licin xgatai? Ko tgk r, jgn nk sengih2 kat aku kalo dahi aku dh licin nnt. Peh, bongkak sungguh. Lalala...~

Sbnrnya, jerawat ni bnyk faktor. Keturunan pn hado hangpa tau dop? Mak i dulu pn umo cm i yg 20an bru da jerawat. Baru nak remaja la katakan. Sbb tu mak i nmpk mude. Nanti i pun cam tu kot (mata bsinar2).

*haish, bila la kulit ni nk kembali mcm dulu.

p/s Sesi lepas geram. Maaf anda kata2 dlm post kali ni agak kasar & boleh buat anda muntah darah...
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

13.11.11

Exam

Yeye! lagi EMPAT paper nak habis dah. Pastu balik rumah. Yeye!

Hum..Empat lagi ye? banyaknye..huhu

Gud luck kpd semua.

Smoga lebih kritis & kreatif dlm mbina jwpn anda nnti!



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.4.11

Bukan mengeluh

Bulan 1 : Semangat

Bulan 2 : Hum...bolehlah tahan semangat tu

Bulan 3 : Apa semangat tu ek?

Bulan 4 : Bila lah nak exam ni? *nak habiskan bulan 5

Lepas ni ada lagi 4 event yang dalam proses untuk dilaksanakan. Pening woo... Kalo event kecik2 tak apa tapi nih...masyaAllah. 16hb dah nak exam. Jadi, semua kena settle dalam masa 2 minggu. Huaaa....saya sangat suka! (tangan di bahu, mata pandang ke atas)

Yup, orang kata jadi ketua ni tak ada kerja pun. Orang bawah je yang kerja. Itu KALAU orang bawah tu boleh buat kerja. KALAU! Bukan nak kata sapa2 cuma benda ni memang akan berlaku di mana2 sahaja anda berada. Lagi2 kalau bab2 kerja ni. Bukan semua yang ada tangan masa ni. Masa makan je ramai yang ada tangan sebab nak suap nasik free.

tapi, kita sangat berterima kasih kepada mereka2 yang beri kerjasama untuk event2 yang sebelum ni. Tanpa korang, memang korang tak tengok kita senyum kat kelas. Hehe...you noe lah I ni macam mana kan? Bila I strees, nak cakap satu patah perkataan pun maha berat tau.

Pernah ada satu hamba Allah ni mesej kita. Mesej dia dengan tujuan menegur sikap kita. Tapi, kita tak boleh terima sebab... contohlah, bila korang kata 'Untuk kamu juga (benda baik)', dan dia balas 'Aku tak perlu doa ko' korang rasa apa? Sorrylah, I tak respect orang macam ni. Jadi, soklan akhir yang dia tanya kita tu, kita nak soh dia jawab sendiri. Kita rasa dia baca blog kita ni. Kalaulah dia baca.

Jadi, bagi sesiapa yang nak kata2 I tu, I tak kisah pun.
Whatever~

p/s post ni bukan nak menghentam mana2 pihak cuma nak meluahkan apa yang kita diamkan selama ni.

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

8.4.11

Kerabunan

Kita memang pemakai spek mata. Jadi, ngapa nak bagitau orang? Eh, sukahatilah. Saja, melepaskan gian nak tulis entri baru dalam blog. Al maklumlah dah lama gila2 tak sentuh blog kerana keBZan bebrapa minggu nih. Kita memang suka BZ2 nih. (tangan di bahu, mata pandang ke atas). Ditambah lagi dengan wifi maktab yang tiba2 laju malam nih.

Sebenarnya saja nak cerita, kita mula pakai spek nih masa tingkatan 3 tapi masa nak belaja je. Tak suka pakai sentiasa sebab masih boleh nampak. Dulu degree spek kira2 150. Spek yang kita guna frame penuh. Sekarang nih 300 dah. Hua........

Dulu ayah salu marah sebab kita suka tengok tv dekat2. Kononnya nak rasa macam tengok kat panggung wayanglah sebab nampak besar sikit skrin tu. Tapi...kita ni degil. Masih jugak tengok dekat2. Lagi satu, dulu2 kan masa kita remaja2 (uhuk2..) suka baca novel. Baca tu plak sambil baring. Hum, memanglah 'menyihatkan' mata. Sekarang ni, dah tak baca novel2 macam tu kecuali Ramlee Awang Murshid punya sebab rasa macam klise je cerita dia. Orang kaya dan orang miskin. Noktah.

Bila kat matrik pulak terpaksa pakai secara PERMANENT. Sebab? kuliah kat dewan jadi jauh lah skrinnya. Mula dari tu memang pakai spek. Tapi dek kerana ada insiden menyebabkan cermin mata terpaksa ditukar. 2 kali tau dalam masa 1 tahun sebab patah. Yelah, kita yang lemah-lembut ni baru berjinak2 dengan spek yang tak ada frame. Ha, hambek ko.Dah lah masa tu elaun kalau tak silap satu semester dapat RM1000. Apa lagi, makkkk.....
*kenangan bersama spek xde frame..hu2

Bila masuk maktab pulak, dari awal memang semua orang tengok kita pakai spek tu sehingga satu insiden berlaku semasa PJ. Ah, malas nak cerita. Kalau nak tahu, tengok entri lama2, ada lagi kot pasal tu. Sedih2. Nasib baik masa spek tu patah kita memang guna contact lense. Jadi mula hari tu, terpaksalah pakai contact lense memanjang sebelum beli spek yang baru.
*bila pakai contact lense.dolu2

Mulut kata masa tu, 'Tak yah lah beli spek buat masa ni. Pakai contact lense dulu' sebabnya? masa tu tengah hujung2 semester, paham2lah ye. Tapi tak sampai seminggu rasanya, beli spek baru. Bukan apa, lecehla pakai contact lense nih. Memanglah selesa tapi.... ish...banyak faktor. Sebab2nya sekarang ni kita dah tak beli contact lense:

1. Mata kita nih ada urat yang memang nampak, sekalipun dari jauh. Tambah2 kat bawah panas, memang orang tegur 'Ko macam kena tumbuk je', Bayangkan, urat yang biru kat bawah mata timbul. Memang sebijik macam lebam. Kalau pakai spek, frame tu kira coverlah urat tu. Pernah tanya dekat mak ngapa jadi macam tu. Mak kata dulu kita kuat nangis. Hahaaha... No komen.

2. Kadang2 terlupa tengah pakai contact lense. Bahaya tau. Kalau2 kita tertido dengan contact lense, boleh jadi esok pagi mata merah. Tak mau! Sebab dulu penah tengok kawan yang tertidur dengan contact lense. Takot tau. Memang zaman sekarang ni ada contact lense yang tak payah bukak2 tapi kita tak mampu nak beli. hu3

3. Tak boleh pakai lama2. Mesti rasa macam kering. Mula2 ok. Tapi kalau terlebih 6 jam, memang rasa kering. Tapi kita memang guna pelembab mata tu. Tapi, tak sukala. Tak selesa. Lagi2 kalau jalan2 window-shopping sabtu ahad. Mana cukup kalau nak jalan 6 jam je. Paling2 pun 10 jam. Pergi jam 11 pagi balik jam 8 malam. Standard lah tu bagi kitaorang yang guna PENGANGKUTAN AWAM nih. Lainlah kalau ada keter. Zup je dah sampai CS.

Contact lense ni pun kena jaga betul2. Buat masa nih kita dah pakai 3 jenis warna. Pertama sekali warna coklat, kelabu dan latest hitam. Semua kita suka. Memanglah bila kita sebut warna tu macam nampak menyerlah gila2 kalau kita guna tapi sebenarnya tak, sebab anak mata kita warna gelap jadi warna kat contact lense tu tak menyumbang sangat pun. Lagi pun, kaler yang kita ambik tu tak secerah mana. Nak tunjuk gambar tapi entah di mana letaknya. Biarlah. Tapi kita suka warna coklat yang mula2 sekali kita pakai. Entahlah ngape.

Ok, sambung cerita, last2 kita pun beli lah spek yang half frame. Sebab menurut mereka2 yang kita paksa beri pendapat, kata kita pelik kalau pakai full frame. Mungkin diaorang dah terbiasa tengok kita pakai yang tak de frame. Sejak tu kita memang berhati2 bila pakai spek. Nasib sem ni PJ belajar kat dewan. Kalau tak kenalah bajet 2011 dibahagikan kepada contact lense. Tak sanggup nak pakai spek bila PJ.


*half frame yang bwarna ungu
(abaikan jerawat comel d muka saya.tengs.)


Bagi kita yang lebih selesa ialah bila... tak pakai cermin mata & contact lense. Jadi, buat mereka yang rasa cam fashionable bila pakai spek / contact lense tu fikir2lah banyak kali. Kalau nak guna, janganlah guna yang ada degree walaupun sikit. Serius, pakai spek merimaskan tapi sebab kita dah terbiasa jadi dah tak kisah.

p/s wah....entri paling panjang pernah kita tulis....kot. Tahniah Fatin! & juga tahniah kepada mereka yang berjaya membaca entri ni sampai habis tanpa merasa bosan. (ehem3...) tengs!

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

9.5.10

Jalan2



Cantik keronsang ni

Gambar peacock kaler ungu

Harga xyah cakap la

Tapi mmg cntik

Kalo la dapat beli mst buat hiasan je

Sbb xbrani nk pkai

Besar...





Pastu tgk citer Belukar


Bolehla...sbb pcubaan dr Jason ngan Danie

Mula2 xphm sket dgn plot dy yg cm xtsusun

tp tgh2 citer dh strt ok...

Plus, pelakon d pilih mmg ssuai sbb boleh wt lawak dlm serius

xbosan bg sbuah citer yg berunsurkan siasatan

overall...ok je
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~