7.5.13

Melaka III

Tarikh: 27-29 April 2013 (3 hari 2 malam)

Destinasi Bajet: Pantai Puteri, Bandar Hilir (River Cruise, A Famosa, Jonker Walk, Pasar Malam, Menara Taming Sari), Pantai Pengkalan Balak.

Penginapan: Hotel Syahbandar, Chalet

Kitaorg pergi bertiga. Naek si oren. Driver ada 2 saya dan sue. Plan nye nak g mandi mande. Tapi nak pergi masa tak ramai org. Kalau hari minggu mesti ramai org punye la. Jadi, mula2 pergi Banda Hilir dulu la. Duk pusing2. Sebenarnya saya dah tak terkira kalinya jalan2 kat sana tapi masih jugak la tak ingat jalan. Dulu pernah pergi dengan Eya & Mira. Kali ni pergi dengan Su & Fizah. Al maklumlah, dulu diaorg xdpt nak ekot. Iyekan ajela. Fizah nak naik River Cruise, ok. Su nak naik Taming Sari, ok. Ikut kan saje. Yang xtahannya jalan kat Jonker Walk tak pernahnya sampai hujung. Seyes. Menguap2 sambil jalan. Letih kot. Lagi jauh ke dalam lagi jauh nak balik nanti.

Pastu pergi pasar malam. Ingatkan adala makanan boleh bawak tapau balik. Ropenye tak ada. Lapa siot. Tapi sempat lagi la Sue beli kain jeans kegemarannya. Jalan2 ternampaklah kedai makan. Ngap teruslah. Masa tggu makanan semua senyap je. Letih kot dari petang berjalan sampai tak hengat. Habis kilogram i tau.

Waktu ni jalan cantik sangat tapi rasanya dalam gambar ni tak cntik sgt. Tak boleh lawan pandangan mata.


Semangat kot hijau belakang tu. 

Haha..gambar kaki. Kalo mak nampak ni mesti bising. Asek amek gmba kaki je. Amek la gambar muke. Mak..ini la trademark *pelempang* 

 SuEL 

 HiRul (ehem2...)

Mihevoli (muahaha..) 
ok..saya mmg xleh posing. samada buat peace atau posing nynyi lgu negaraku huhu




 Ni nak dijadikan ceghitenye kan. Masa tengah posing utk amek gmbr yg ni ada couple cine tgk kitaorg amek gmbr cm ni. Mesti dia tgk kesian je kitaorg xde org nak amek gmbr kitaorg. Jadi si boyfren telah mengofferkan diri utk amek gambr kitaorg hahaha. Kitaorg biasa je dh amek gmbr cm ni tp memang nampak cm kesian kot. Duduk kat sini lama sangat sebab letih nak turun pulak. 

Ha...kan cantik tu hihi (Teng couple!) 

Ok, amek nafas sket2 smbil posing.  

Teknik lentoq Su + Fizah


Pantai Pengkalan Balak 

 Mencari rezeki


 Suka tgk ombak kecik2 ni datang mhempas pantai.

 Jarak antara pantai dan chalet. Teruja x?

 Sempat lg men buaian sengsorng.

Ok. Selamat tinggal Melaka & Jumpa Lagi insyaAllah~


Lupa plak. Ni nak citer, kitaorg kena sama parking. FYI, kat Melaka setiap hari kena guna kupon parking kat Bandar Hilir. Dari kul 9 pg hingga 6 petang. Tanya je semua kedai ada jual x kupon. Buat2 la muka pelancong tgh letih, mesti dia bg beli la walaupun dia beli utk kegunaan dia je hehe. Dah try & berjaya.

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Hoyeah!

Assalamualaikum...

Ni nak cite ni. Pasal prktikum last skali dalam 5 tahun setengah ni. Hoyeah! Tak sangka dh habiskan prktikum yang 3 bulan. Sebelum ni rasa macam lambat sangat malam. Lambatnya nak cuti. Lambatnya nak sebulan. Tapi sekarang.... muahaha...

Selama 3 bulan ni, weollsss 19 orang praktikum di merata Pontian, Johor. Kalo nek keter dari JB lalu Pekan Nenas dalam 1 jam jugakla terutamanya bagi saya yang membawa kereta dengan penuh cermat haha.. Rumah sewa biasa2 je. Boleh la dibuat tido petang2 lepas balik sekolah sambil bersauna. Serius macam sauna sebab panas sangat. Sampaikan tilam tu basah lembab bila bangun. Baru tido kejap. Tapi malam toksah cakap la. Sejuk kot.

Paling tak boleh lupa, last 2 days sebelum habis prktikum pagi2 bangun nak mandi air tak de. Dengan mamai2 tu dok pikir2. Nak kejut diaorg mandi kat surau depan rumah ke nak tunggu sampai air ada? Duk la  bfikir smbil duduk jap kat tengah2 ruang tamu tu dan mata terpejam huhu... Last2 bangunkan jugak. Dah la kawan nak final observe hari ni. Gila ko tak mandi g sekolah? Ha...gitu la gamaknya.

Sekolah i dekat je dr rumah. Kul 7.10 baru gerak jalan kaki ke sekolah. Sampai kul 7.15. Cemerlang x?hihi Exercise la katakan. Tu yang rasa cam dah kurus sket hehe.. Asek nek kete je. Tak sempat press minyak sekali dah sampai sekolah. Tak best sungguh.

Tak pernah2 la balut buku rph huhu

Sem ni mengajar 3 subjek. Math (lagi?), BM dan Seni. Mencabar2. Sebab 3 bulan jenuh gak nak pikir buat pe minggu depan. Bahan2nye. Observe lagi. Memang penin jugak la. Tapi KEEP CALM & STAY FOCUS haha.. tiru2.

'Tolong...tolong... Ada serigala di sini..' 
Tunjuk video Upin Ipin Serigala tu memang best la. Sampai budak boleh hafal dialog kot. Mampu ko cikgu Fatin?  

Warna guna putik kapas bentuk titik-titik.  

Buat bunga guna kain felt + batang aiskrim. Nampak mudah tapi...ish2  

Capan daun. Gigihnya mengutip daun dekat maktab + bawak balik Pontian. Macam la kat Pontian xda daun. 

Ce teke.. ce teke... Simple untuk set induksi/ penutup.

 Carik huruf + tampal kat lembaran kerja. Menarik2.

Last but not least, Token Ekonomi. Tak tunjuk pun hadiah. Surprise. Walaupun bagi pensil, pembaris, pemadam + sharpener. Diaorg sangat bangga. Tahniah! Hadiah2 tu beli banyak2 sebelum mula sem dekat rumah. Jadi mak yang bayar. Secara kasarnya saya la yang bagi. Tapi secara halusnya, mak saya hehe...

Riben + trofi tu laminate dan letak velcro. Mudah dan boleh guna banyak kali.

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

28.3.13

Azam

Assalamualaikum. Rindunye nk tulis blog. Kalo dilihat daripada archive dh 4 bulan x mengepost apa2 kat sini. Maafla. Ini dicampur dengan kebizian dan kemalasan. Haha...mcm la da org baca.

Tak kisah la tu. Hum...tahun ni tahun terakhir kat maktab ni. InsyaAllah tahun depan kerja. Takotnye. Sekarang ni pun tgh dalam prktikum terakhir dekat pontian. Hum...nk cerita macam2. Tapi, tggu la habis prktikum ni. Baru best cite. 1 post tu msti panjang. Al-maklumlah 3 bulan.

Tahun baru ni (walaupun dh bulan 3), nk gtau azam tahun ni. Azam saya ialah jeng jeng jeng... blaja masak & menjahit. Amacam? Adventure kan? Hahaha..adventure untuk kita la. Bkn senang tau nk masak. Kita bukan xreti masak cume cepat konpius untuk guna bahan2 dia. Last2 buat resepi sndiri. Tapi, bila dh meningkat umur ni malu la kan kalo masih macam ni. Kalo boleh nak konfiden la bila masak. Tanpa rasa was-was. Menjahit plak. Kita nak menjahit apa2 je terutama baju kurung yang dah bertahun lamanya mak ajar & xpernah2 lulus. Tahun ni azam tu ok.

Azam tahun lepas dh terlaksana. Tahniah Fatin! Azam tahun lepas ialah tak nak tgk wayang. Hahah..ingat senang ke? Pergi jenjalan mesti lalu wayang. Nasib kita blh sabar tau. Tahun ni masih diteruskan tp rsanya dah boleh thn sebab dah puasa tgk wayang setahun. hihihi xtergugat lagi imanku.

Ok, gmbar xde kena mengena


Macam2 nak buat tahun ni. Serius. Sebab fikir tahun depan mesti macam2 mungkin terjadi. Bayangkan lah tahun depan nak kerja, sorang2 dah xde kawan2 cm sekarang. Kalo dekat ngan rumah xpela. Kalo jauh xke haru. Lagi satu kejayaan yg mmg x terfikir pun dulu ialah boleh bawak kete hahaha... Macam simple je kan? Tapi kalo korg nak tau, masa mula2 bawak kete kat JB satu bende pun kita xtau tau. Kat rumah mana da bawak sejak dpt lepas lesen pas SPM. Tahun 2006 kot. Memang gila2 la bawak kete. Dah la kat JB tu. Dengan bertemankan kete berplatkan A, jadi mungkin boleh dijadikan alasan kalo membuat silap. Kunun2 baru dtg JB. Bila ingat balik, hish....memang pengalaman mengajar kita menjadi org yang berani. Bak kate mak, belasah je.hihi sedangkan org yg bertahun bawak kete pun ada buat silap.

Ok. Sayangku Oren. 


Last but not least, hum.... sikap. Haha...susah sbnrnya nk ubah sikap sendiri. Tapi kalo boleh nak ubah skettt je iaitu menerima org lain. Maksudnya menerima macam mana ye? Menerima org untuk cipta kenangan dalam hidup saya. Selalunya susah sangat sebab banyak fikir tentang keburukan masa depan nanti. Itulah, inilah.... Tapi rasanya sekarang ni dah ok skeettttt. Kita rasalah. hihi Lagi satu suke buat kerja sorang2. Tak salah kalau bcakap masa buat kerja Fatin.


Ok. saya memang suka buat keje sengsorang.



Hum...kenapa nak kena gtau eh? Sebabnya, kalo kita sorg je tau azam ni. Nanti suka2 hati je. Tak tercapai azam pun xpe. Bukannya da org tau. Ni at least la da org tau & mereka boleh tegur. Kan kan kan...
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.3.13

Potato Wedges


Assalamualaikum... hari ni nak buat kentang wedges. Selalu lalu je depan kepci mesti teringat wedges dia. Tapi, xkan nak masuk semata-mata nak beli wedges sahaja kan? Jadi, untuk tidak melayan kemahuan ni sebab nanti bukan takat wedges je yang akan dibeli maka buat la sendiri. Kan lagi senang, ye dak?

Cara-caranya ialah:






Sumber rujukan:


Buku ni beli guna Baucer Buku. Azamnya untuk belajar memasak. Kita mulakan dengan resepi yang paaalllliiiiinggggg ringkas. Lepas ni kalo xpandai masak lagi tak tau la nk ckp cm na huhu...

Selamat mencuba!

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~