Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

24.10.11

REMAJA-lah sangat

Tak de angin, xde ribut. Tiba2 duk mengemas bilik. Tensen tengok bilik berhabuk. Al maklumlah 2 bulan sekali baru balik. Kemas mana pun habuk mesti seinci. Paling tak tahan tak tahu nak campak mana majalah lama-lama dulu. Tau tak majalah apa? REMAJA lah... Dulu kan i remaja lagi. Sekarang ni, akhir remaja. Ngaku jela kalau umur dah 20-an tu. Hum...

Kira punya kira, ada 70 buah majalah. Contohnya dalam gambar kat bawah ni. Kertas nya bukan calang2 tau. Bukan macam kertas sotkabar yg nipis tu. Gila berat kot.

*kalau jual rasanya ada ke orang nak amek?


Selepas memikirkan dengan penuh serius, akhirnya letak jugak kat beg AF ni. Beg ni pun dah lama. Muat2 je semua majalah ni. Kononnya, kalau letak kat dalam beg ni, senanglah nak simpan mana2 sebab ada roda. Dah siap zip pe semua, sebelah roda rupnya xda. Pergh... alang2 menyeluk pekasam. Memang tolak guna kaki la. Nak guna tangan, serius tak bergerak langsung. Bayangkan betapa beratnya. Nasib abg belum balik puchong. Dengan suara yang penuh kelembutan, aku pun mintak tolong. Ala, biasalah kan kalau nak mintak tolong. Dah angkat tu. Satu2nya roda tu plak pecah. Penangan kau lah REMAJA. Sekali lagi mintak tolong abang tolak bawah katil. Nasib aku kemas hari ni, kalau esok, menangkatlah aku sorang2.

*kalau jual ni....hum...$$$

Tak tahu la knp aku saje nak jadikan ini isu utk entri ni. Dah tak de menda nak cite kot. Dengar je lah ye. Penat gak lah kemas bilik yang sekangkang kera ni. Dengan panasnya. Mengangkat almari kayu. Ber-musle plak rasa. Muahaha...

Tak naklah tunjuk gambar bilik. Sebab bilik i cantik sgt. Nanti u ol jeles. =P

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

7.8.11

2Novel


Nak cerita pasal dua buku yang kita beli minggu lepas. Dua2 buku ni sebenarnya sebuah diari kehidupan. Maksudnya, macam kisah hiduplah. Sekali sekala baca kisah hidup orang lain best jugak. Pengalaman yang dia ada tak serupa macam kita.

Buku pertama, Chef. Hum...mungkin penulisnya seorang chef jadi susunan ceritanya tak berapa menarik. Cerita dah bagus cuma, kalau banyakkan dialog lagi best kot. Cerita tentang chef hanya bermula selepas muka surat 100. Bayangkan, hati kita yang meronta2 nak tau pasal kehidupan seorang chef ni penat nak tunggu tau. Tapi, kesimpulannya oklah. Banyak tau tentang resepi2 yang diberitahu secara langsung dalam buku ni. Cara nak buat mayonis. Senang rupanya.

Buku kedua, Dari Kepala Batas ke New Haven. Kali ni penulisnya ialah orang lain yang ditugaskan menulis tentang kehidupan seorang pakar motivasi dari kecik sampai besar. Lebih menarik sebab banyak tragedi yang berlaku & cerita macam mana seorang kanak2 yang melihat hidup keluarganya yang susah. Dia banyak menceritakan sikap masyarakat kita yang ehem2 tu. Maksud kita, bila susah tinggal2kan, bila senang dekat2lah. Sedih tau. Cerita dia ditambah dengan kehidupan dia di negara orang dengan hanya berbekalkan USD600. Dia sengaja bawa duit sesikit itu kerana nak mengajar diri untuk susah di negara orang. Asyik senang je, cepat lupa diri nanti.

Itu je kot secara ringkasnya. Baru lepas habis baca novel ni sebenarnya. Rasa teruja pulak nak carik novel lain yang macam ni. Masih tercarik2 novel tentang kisah doktor. Ada baca review dia dekat blog senior. Carik2 tak jumpa lagi....huhuhu
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

31.5.11

Ramlee Awang Murshid

Bukan nak cerita pasal orangnya tapi pasal penulisannya. Novel pertama yang kita beli ialah Semangat Hutan. Da jugak sambungannya, tapi kita tak beli sebab masa sekolah mana ada duit sendiri nak beli novel sesuka hati. Tapi sambungan cerita tu sampai yang ketiga je, rasanya. InsyaAllah kita beli pelan2 sebab dah jarang nampak. Dah lama kan.

Ni ha, nak cerita sebenar2nya. Sambungan novel Bagaikan Puteri nih dah sampai ke 5 dan KONFOM2nya akan keluar yang ke6 sebab lepas je habis baca Sutera Bidadari, tak puas hati! Kena tunggu paling2 awal pun setahun nak keluar sambungannya.

Kenapa kita suka cerita nih? Hum...kita rasa bukan kita je suka, tapi ramai kot. Bayangkan masa nak beli Sutera Bidadari tu, tengok2 dah habis. Sedangkan beberapa hari sebelum tu stok baru sampai sampai bertimbun2 novel ni. Nasib ada Sue yang tolong tanya dekat akak tu. Rupanya ada lagi cuma tinggal beberapa je dan tertindih dengan buku lain. Kita dengan terujanya bacalah. Ingatkan dah nak habis, rupanya...ish..

Tapi tak pe sebab kita rasa berbaloi sangat ikut novel bersiri macam ni. Sebab dia tak bertumpu kepada CINTA semata. Tapi ada AKSI. Bukan senang tau nak tulis novel aksi sebab kena menterjemahkan aksi2 tu dalam bentuk penulisan supaya orang tak skip bila baca, he3... Yelah, kalau boring je baca mestilah kena skip. Macam baca surat khabar. Bagi kita, bahagian sukan terus skip.kih3

KALAULAH novel ni difilemkan. Pergh, kalah kot citer2 luar negara. Tambah lagi ada Hang Tuah, drakula, pontianak, makhluk2 ajaib. Memang best. Yang logik, logiklah, yang tak logik tu, faham2lah. Dah nama pun fiksyen. Sama macam Harry Potter. =P Kalau suka tengok cerita cinta ala-ala Nur Kasih, konfom suka cerita nih. Tapi kalau nak buat filem mestilah kena cantik dan ada kualiti. KALAULAH..
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

30.5.11

Andrea Hirata

Pernah tengok cerita Laskar Pelangi? Cerita ni mengisahkan tentang penduduk di daerah Belitong, Indonesia. Narator cerita ni ialah Ikal. Kalau siapa2 pernah tengok cerita ni mesti tau Ikal yang mana satu. Ala...yang rambut kerinting halus + kaler mata dia yang cantik + suka dekat gadis cina, Ai Ling.

Novel yang dikarang oleh Andrea Hirata ni ada 4 siri. Sekarang ni yang dah difilemkan ada 2; Laskar Pelangi & Sang Pemimpi. Tapi, kita belum tengok Sang Pemimpi ni. Otw, tengah download. Sapa2 nak download, leh la download kat sini.

Sebulan yang lepas, kita tertarik dengan novel Padang Bulan sebab dia ada dua novel dalam 1 buku. Cover dia pun macam simple je. Tengok harga, terus g kat kaunter. Tak tahu pun novel ni sambungan tetralogi Laskar Pelangi tu. Memanglah novel ni terjemahan dari bahasa Indonesia ke bahasa MELAYU. Tapi, bahasa dia tetap boleh faham. Kadang-kadang kita tergelak sendiri. Ayat biasa je cuma cara dia persembahkan cerita tu kelakar. Kadang-kadang jugak rasa macam tak akan berlaku dalam masyarakat kita, tapi TAK MUSTAHIL berlaku. Contohnya, Maryamah yang ingin bertanding catur kena pakai purdah & ada tirai kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah. Yelah, pertandingan catur tu tak pernah disertai oleh orang perempuan. Tak tahulah bagi orang lain, tapi bagi kita sangat pelik. Tapi, tak mustahil berlaku.

Dikatakan bahawa, gambar di atas ni merupakan Laskar Pelangi yang sebenar. Wah, terujanya! Kita memang suka cerita-cerita yang diadaptasi dari kisah sebenar ni. Tak rugi tengok cerita ni. Lagi2 pada mereka yang bakal menjadi cikgu. Tengok tau!

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

3.11.10

'Room'

dulu pernah introduce buku rojak kan? td pegi Harris jmpa lg buku ni dekat bhgian best seller.


Sekarang ni nk cite psl buku baru pulak. Tajuk dia ROOM. Pegi JJ dh btekad nk beli nih. Smpai je HARRIS, mencari buku ni. Last2 jumpa jugak. Tinggal satu je. Wah...terus pegang buku ni. Baca sikit2. Pastu, tengok harga....wallawey. Xjadi nak senyum. Mmg xjgka harga dia semahal itu. Bajet dlm RM40 tu standard la. Tapi, ni dh melebih. Hujung2 sem ni mmg xleh nk beli la. Ada lg seminggu lebih nak bajet makanan kt JB ni. Xpela. Hati yg dh retak menanti belah ni tpksa d tenangkan dgn 'xpe,tggu sem depan.mesti ada punya'. Biarlah hati ini menipu.




Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

30.7.10

Rojak

Buku ni ak beli pd 11 Julai. Mula2 tertengok terus pegang xlepas2. Knp? Entahla. Suka sbb cerita dia bkenaan msyarakat Malaysia. Ada lebih kurang 60 cerita pendek yang ditulis oleh penulis cerita bg filem2 Yasmin Ahmad. Tau kan genre dia mcm mna? Kena baca 2 3 kali baru paham. Belum habis baca semua lagi tp yg paling besh buat msa ni cerita Cempedak. Citer tntg apa tu? Citer tntg si isteri yang mengidam nk cempedak tp suami dia belikan nangka. Katanya nangka tu lebih kurang sama dgn cmpedak.

"Its nangka madu because you're such a honey" he said.

Nak sedapkan hati si isteri. Tapi, si isteri pikir lain. Madu?
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~