15.2.14

Jerangkap Valentine's Day

Assalamualaikum..

Saya tak sambut benda2 ni. Tapi memang tak boleh nak elak la untuk baca wish2 kawan2 yang bukan Islam dekat fb. Tak kisah pun. Terpulang pada mereka.

Lagi satu tak boleh elak ialah jerangkap Valentine's Day ni. Ceit! Yup, aku kena. Jap eh ingat balik bile..hum...sehari sebelum V'Day tu la. Al kisahnya bermula...

Pagi tu lepas solat subuh, bentang tilam depan tv. Pastu tutup lampu, pasang kipas. Tido. Hahaha...ye tido.

Dalam kul 8 tu tiba2 bunyi telifon rumah. Kacau sungguh. Rasanya baru lelap mata. Mula tu bia je sebab ingat adik angkat. Tapi tak angkat2. Duk jerit2 panggil adik soh angkat tepon. Sambil baring ni. Padahal telifon rumah tu dekat nau dengan aku. Hahaha.. Tak senonoh sungguh.

Telifon ni plak tak berhenti2. Salu kalau lama orang dah letak tepon. Hum..tak pela bangun je la. Rupa2 nya adik kua. Nak tak nak angkatla tepon. Kot2 la mak ayah tepon. Yela, lama kot bunyi. Macam urgent. Salu ayah kata kalo org tepon tak yah angkat. Takut2 orang saje nak test. U know. Orang nak pecah masuk rumah orang kol nak pastikan sapa kat rumah. Sekarang ni macam2 cara kan.

Angkat tepon. Lama biar tak cakap pape.

"Hello." Aku cakap.

"Hello." Suara laki.

"Nak cakap dengan sapa?" Mamai masa ni huhu.

"Cong ceng cong ceng" Cakap cina. Aku tak paham.

"Awak salah nomborla."

"Cong ceng cong ceng"

Hish tak paham bahasa melayu kot. "Silap nombor la."

"I nak cakap dengan U la."

Masa ni dah sedar sikit dari mamai.

"Sapa ni?"

"I kenal U. U tengah buat ape? Suara macam baru bangun tido saje."

Hish.. Ok. Masa ni memang malu hahaha. Gile ko laki kol tau ko tido lagi haha. Tapi sekarang dah tak malu. Sebab rasa benda tu biasa je. Tapi bukan kebiasaan OKKK..

"Ei..sapa ni?"

"U ni. I la. I kenal U. I nak main dengan U."

Ceit! Masa tulah macam ada penampar kat pipi bagi aku sedar sikit dari mamai. Gila orang ni!

Terus tutup telifon. Jantung dup dap dup dap tau. Takot macam2. Takot dia kol lagi. Takot ntah2 dia kat luar rumah ke. Huaaaaaa takot.

Tapi nampak tilam. Hahaha....taula kan ape yang jadi. Kita tido dulu!

Esoknya, baru aku tau. Mak cerita dekat sekolah anak2 murid mak (mostly perempuan sebab mak mengajar ERT) yang ada orang laki telifon. Cakap sayang bagai. Macam dah lama kenal. Mak cakap, yelah sebab V'Day ni dia nak cari orang la. U knoww....

Yup, orang desperate gile2 macam tu, memang LOSER. Kalau ko single, buatlah macam single! Ape nak malu? Ingat orang kapel tu hebat sangat? Tak tuju kat sapa2 ye. Ini secara umum. Jadi diri sendiri. Peduli hape orang nak cakap tak laku o-wat-so-everrr.

Hahaha..emo plak kan. Bukan ape. Macam murah sangat. CINTA tu mahal sebenarnya. Cuma kadang2 manusia ni yang buatkan dia nampak murah.

Kadang2 terfikir. Ade ke perempuan yang terkena dengan cara ni eh? Mungkin ada. Sapa tau? Takotnyeeee..

Moral  of the story. Kalo rasa pelik2 tu terus tutup telifon. Senangnya, jangan angkat telifon. Done!
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

12.2.14

Seni sangattt

Assalamualaikum..yup. Kerana kebosanan, menjengah instagramm setiap satu jam. Tengok gambar2 yang manusia ambik chantekkkk. Serius. Macam2 jenis gambar diaorang ambik dengan kreatifnyee. Sangat osem. Mula2 tu tengok tu memang tak boleh berhenti tengok. Best2. Jadi, aku pun duk la cuba buat. Banyak jugak cuba tapi banyak jugak yang tak jadi. Tapi simpan je la buat kenangan. Ada antaranya tiru je hehe. Dari tiru tu barula datang idea2 kununnye omey. wek..

Berikut merupakan hasil titik peluh sendiri. Weh, memang berpeluh tau. Amek gambar guna henpon je. Pastu guna cahaya semulajadi. Cahaya dari tingkap bilik. Dah la cuaca sekarang ni panas bahang giler2. Bilik ni memang panas. Sekarang ni tak tido kat bilik sendiri. Tumpang bilik orang yang ada ekon hehe. Sebab malam2 pun panas kot. Rasa dinding tu memang terasa panas. Oh lupa, bilik tingkat atas memangla kan huhu. Okeh, pasal panas plak kan. Selamat menjamu mata..



mimpi satu kaler ke mimpi warna warni?


Makan biskut sebab lapar sangat masa idea tengah banyak kan huhu

nak dokongggg!


Mihevoli in wonderland! 


Ideanya lain tapi jadi  laen. Oke leteww..


Nak terbang! 


Tolong, saya nak jadi tinggi hehe


Rindu kamu *kelip2 mata


Sesat?


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

10.2.14

Taucu sonang

Assalamualaikum... hehe. Nak bagi resepi malas ni. Tau tak taucu? Penah makan? Mesti ada yang kurang suka kan. Dulu pun memang tak suka. Tak tau la nape. Tapi sejak akhir2 ni suka plak. Sebab dia da rasa manis, masin.

Taucu ni sebenarnyakan, akak nak ceghita ni. Asalnya dari kacang soya yang direbus, dihalus dan diperam. Menurut Utusan, hahaha... taucu ni dapat mengurangkan risiko mendapat kanser,memperbaiki sistem perkumuhan dan menjaga usus daripada penyakit. Bagus bagus bagus...

Lagi satu, nak masaknya sonangggg sangat. Tak yah garam bagai. Sebab taucu ni memang dah sedia masin.

Bahan yang wajib dalam masakan ialah... bawang. Bagi orang yang bekerja, (eh, i bekerjaya ape walaupun tak tau bile huhu) senang je. Kupas bawang banyak2 pastu blend. Letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nak guna amek guna sudu. Sonang. Tak yah nak nangis2 setiap kali nak masak. Tak rela i.

then, air asam jawa. terpulang la nak banyak mana. kalo tak nak letak pun ngak papa dong. ikut selera sendiri.

 cili merah besau

jadi, cara2 nya ialah.. sonang sangaatttt..

Dah goreng tu biar je ikan tu dulu. Tukar kuali len plak.


Sebenarnya, ikut resepi letak cili bukan masa tumis ni. Tapi dah terletak. Lepas dah terletak tu baru perasan. Pastu pikir patut letak bile eh?huhu
 Ah, tak menjejaskan rasa pun. Kotnyelah. So, jalan je la.





 Biar sampai mendidih.

 Tada...siap. 

Kalo dah siap jangan lupa rasala sikit. Tambah pe yang patut. 



Masa testing rasa tu, mak oi masin nak tergolek tau. Terlebih letak taucu hehe. Sebab warna dia tak cantik letak sikit. Dah tu buh la bebanyak.  

Tapi jangan risau. Memasak ni memang kena masinnya rasa. Sebab bila dah campur dengan nasik sedap je. Sebab nasik tu kan tak de rasa mende. Bila campur dengan kemasinan taucu tu jadi rasa dia sedap2 je. No worriesss.. Bubbyeee..


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

9.2.14

Baby Romance...katenye

Assalamualaikum.. nak cite tentang hobi baru. Uhuk uhuk.... ye sebab memang tak de mende nak wat. Hari tu da beli sayur kat pasar raya. Nama dia tulis kat plastik sayur tu 'Baby Romance'. Haaa mampu makan sayur ni? ala...sebenarnya kailan. Kotnye la huhu. Lepas dah masak tu da tinggal la batang ni. Pada fikiran saya yang masa tengah bosan tu pikir. Mesti boleh tumbuh balik. Macam lobak semua. Try la letak kat tanah. Peh, lepas dua jam pastu tengok balik. Tak sabar kan? hehe Memang boleh tengok da keluar daun2 kecik. Tanda dia... Yey!

Sebenarnya ada banyak tapi yang tumbuh betul2 ada 4 je.

Lepas dah banyak kua daun, kita tukar dia kat tempat sendiri. Dah besarkan.. Mesti nak bilik sendiri.





Sukenye sukenya.. Dari dulu sebenarnya suka menanam ni. Puas hati kalau tangan penuh tanah.  
Asian sangat kan suka ambik gambar benda simple2 ni hehe.



Tapi bila dah mula kua daun ni mesti lambat nak besar. Hari2 duk tengok. Keluar sikit nak tengok anak2 i ni hehe. Lamenye tungguuuu...

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

1.2.14

Berat Badan

Assalamualaikum.. fuh fuh... lama sangat dah tak menulis kat blog ni. Ada lagi ke yang baca?huhu. Tak pela. Aku bace haha.

Sejak akhir-akhir ni asik rasa letih je. Rasa penat je. Nape eh? Ecece buat tak tau plak kan. Dah nye makan tido makan tido. Mana tak berat naik. Dulu pernah target berat nak dapatkan sampai 50kg. Ha, sekarang berat dah termakbul. Tapiiiiii...tak nak macam ni.

Bersenam lagi la tak kan. Alasan, kasut sukan dah tak da. Dah buang masa kemas barang lepas habis study. So, nak jogging pun tak ada kasut la. Ceh. Alasan.

Lain alasan, kat taman perumahan ni banyak anjing. Nanti kena kejo susah plak. Padahal, anjing lalu sebelah je. Dia tak tengok pun ko la. Ko je yang takot lebih.

Ok fine. Memang semua ni alasan. Tapi tak ada geng la. Kalo kat maktab dulu boleh lagi semangat turun padang sebab da kawan. Bole terkinja-kinja kat padang. Orang pun tak ramai.

So, alternatif lain ialah... jeng  jeng jeng. Entahla. Hahaha...



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~