27.9.12

Note Book

Acane nak wat notebook yang boleh tulis macam2. Terutama skali nk tulis homework. hihihi

Fes skali, potong kertas A4. Kita potong pada 4 bahagian. Jadi kecik la. Sonang den nak bawa mana2.


Pastu, potong kotak yang nipis macam kotak honey star! Ukur dulu bagi sama dengan potongan kertas.


Pastu, balut guna kertas pembalut hadiah yang comei pada kotak yang telah di potong tu. Balut tu kemas2 la. 

 Tada, nanti jadi cam ni. Kita lekatkan selotape kat tepi ni supaya tepi dia nanti xdela pudar sebab bawak sana sini.

Pastu, tebuk guna penebuk lubang. Mesti center tau. Macam mana? Amek satu kertas A4 & lipat 2. Bila nak tebuk pada cover ni tebuk dengan 1  kertas yang dah dilipat 2 tadi. Kan ada bekas lipatan tu letak kat bahagian penunjuk tengah2 kat penebuk lubang. Mesti adala. Ce tengok. Lagi satu, sebab tu kena guna kotak yang nipis je supaya senang nak tebuk.

Akhirnya, boleh la susun kertas & letakkan ring. Kita guna ring yang kecik je. Sebab buat buku ni xtebal mana pun. Kan dah siap. Boleh la letak dalam bekas pensil & dibawa ke mana sahaja.

Ni ada contoh lain. Tapi yang ni kita potong 2 je kertas A4. Kunun untuk personal je. Jadi tunjuk muka depan je la. 
 


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Topeng

Sebagaimana entri lepas kan kita da ckp kita terer lukis kan?ngeee sbnrnya tak la. Bab lukis melukis ni memang xboleh. Tangan ni keras je. Kalo lukis orang mesti lukis orang lidi. Cam tu la. Tapi, sebagai seorang guru, saya perlu mencari alternatif lain untuk memudahkan cara membuat abm dan sekaligus menjimatkan kos. Oh, itu yang penting sekali ye kawan2.

Jadi, ni ha cara yang paling sonang. Carik gambar comei kat tenet. Save kan. Pastu letak kat MsWord atau xyah pun xpe. Besarkan ikut yang korang nak. Lepas tu trace la. Macam main tekap2 dulu masa kecik2. Buat gambaran kasar je dulu. Yang penting nampak bentuk. Kalo macam ni nak lukis kucing mesti nampak bentuk kucing jangan macam rimo plak.


Pastu, kan dah dapat gambaran kasar kan? Comelkan dengan pekatkan garisan dengan menggunakan marker pen. Pen lain2 pun boleh tapi rasanya kalo guna marker pen lagi cantik. Pakai yang permanent memang terang.


Tada..ni contoh gambar yg lain. Biasanya sebesar 1 kertas A4 sebab nak matchingkan dengan muka kan? Kalo besar budak tu, buatla besa sket. Tapi xkan lebih besar dari kertas A4. Percayalah.


Terakhir, lekat kat kad manila. Agak2 besar tu sama pastu gunting ikut muka topeng tu. Dah siap soh budak warna dulu comei2. Dah siap kaler barulah buat mata & pasang tali atau getah. Siap!


p/s Tahniah pada kawan blog yang telah bertunang. Pandai bg surprise ek. Memang surprise pun. huhu Ehem2 anda tahu siapa anda.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Praktikum Fasa II : Suka Suki

Akhirnya habis jugak 8 minggu praktikum. Sekolah yang sama dengan praktiku fasa I jadi murid2 & guru2 yang sama. 4 minggu pertama tu solid bulan puasa jd xda la terasa lama sgt sebab balik awal & aktiviti pun xbanyak mana. Cuma letih sket la. Mungkin sebab cuaca gila2 panas. 

Lepas cuti raya, 4 minggu pastu memang menguji tahap kesabaran, ketekunan, kerajinan dsb. Sebab, dah mula siapkan mural, observe yang xsudah, aktiviti sekolah, marhaban. 4 minggu tu terasa macam sempit je. Dengan sekolah ganti 2 hari, hari sabtu. 

Tapi, tu lah pengalaman yang xboleh nak dapat kat mana2. 

 
Sempena bulan kemerdekaan

Budak2 memang macam2 perangai. Serius. Sekarang ni rindu dengar bunyi jerit, ketawa, cerita diaorg. Masih jugak mencari cara untuk tarik perhatian diaorg masa kelas terutama masa observe nak suruh diaorg ni diam. Paling tidak pun duk la kat kerusi. Diaorg ni kalo nak observe tu la diaorg buat hal. Gaduh la, ngantukla memang xleh nak takut2kan dengan apa2. Xlayan pun. Tapi....

Satu hari tu, kita nak ajar pecahan. Paling basic nak ajar konsep setengah & suku. 

"Ok, sapa pernah dengar perkataan ni?" kita tulis 2 perkataan d papan tulis sambil ada yang pandang ke luar, ada yang ke kelas sebelah, ada yang jongketkan kerusi, ada yang main pensil, ada yang melukis.

"Setengah" "Suku"

"Macam mana setengah tu?"

"Ala,..setengah tu setengah la."

"Okla. Cikgu bagi contoh." lalu kita keluarkan coklat cadbury. Cadbury ye kawan2. 

Tiba2 senyap. Senyap giler. Serius. Terkejut jugak.

"Kenapa tiba2 senyap ni?" 

"Nak tu." sambil tunjuk pada coklat kat tangan kita.

"Amboih. Coklat mahal ye korang nak? Cikgu bagi jeli xmo."

Masing2 sengih sambil mata xlepas dari coklat.

Mulai dari hari tu, kita cakap sapa yang baik akan dapat coklat ni sorang satu. Tapi....kena baik dalam kelas, kena duduk kat kerusi bla bla bla.... 

Cuma, coklat tu xde la bagi tiap2 hari. Melampau la. Kita pun setahun sekali je makan. Hari terakhir kat sekolah tu baru kita bagi. Xkisah la mahal ke x coklat tu tapi 1 kelas tu jela. Kelas lain xla. Kopak weh...

Tula budak zaman sekarang. Jangan anggap diaorg macam kita dulu2. Coki2 seposen tu pun berebut tau.

 Masing2 berebut nak buat topeng. Terpaksala kita melukis. Nasib kita terer. Ngeee~


Dan paling xboleh dilupa ialah masa kitaorg prktikum ni ada preopening legoland. Jadi, mereka2 itu beri tiket percuma pada cikgu-cikgu untuk masuk 15/9. Berebut2 tau. Kita masuk pun sebab guna tiket free kawan. Kalo  nak 5 tiket free patut datang sebelum tu lagi. Tapi kita xg sebab puasa.


 Bukti ye...Pas ni nak beli xtau la mampu ke x..

 weee....~

 ~lalalala....
 
 sapa yang da kamera yang mahal tu kan, mesti best datang sini sebab banyak model lego bangunan2 yang cantek2

 macam ni... real x?

 yang paling best bagi kita yang ni la. serius. sampai  naik 2 kali. free kan? hihi

 sementara tunggu giliran. nampak x belakang tu macam xsiap lagi kan? memang banyak lagi xsiap. tempat main2 air. rugi la dia kalo bukak semua skg kan.  lagi satu tempat ni sangat panas sebab xde satu pokok pun yang tinggi. macam yang belakang tu. semuanya dah botak. nasib baik xpergi masa puasa ri tu. kalo x boleh pengsan woo. serius.

next, kitaorg g majlis pkahwinan kak zira. yang dulunya 1 dorm masa 2nd intake maktab. paling rapat la. gosip sama2. sekarang ni dah kawen dah. Kak zira ni amek kemas. Jadi memang dah boleh kawen la. Dulu dah janji nak datang masa kak zira kawen bila kak zira banyak kali ajak pergi rumah dia. Yela, dulu mana da kete. Xsampai la ke Felda Nitar tu.

 bunga betul2 tau

 tema pink comei

 tada....ni la pengantin nye. comei + comei =]

Dan petangnya, dalam kul 3 pecut balik jb gak sebab budak 2 orang ni nak balik kl. UNTONGLA boleh balik. Yang sorang tu lagi dasat, on d spot buat keputusan nak balik. Dalam hujan lebat & jalan yang bahaya tu d gagahkan untuk jumpa bas kkkl ni. & tinggalla kita seorang 3 hari. Rumate pun balik.

 ni la budaknye...sampai hati. huhu

Lepas tu tinggal seminggu je praktikum tapi 3 kali lagi kena observe. Tak ke stress? Memang agak gila la minggu tu. 3 hari berturut2 observe ngan lecturer. Walaupun berganti lecturer sebab lecturer sibuk. Jalan tetap jalan.

Oleh kerana ke'stress'an yang melanda jadi dengan rumate pun cakap ala kadar je. Sembang huhahuha xdela. Dah tu merajuk plak. Siap bagi surat. Terkejut bila balik bilik nampak bear ni atas meja. Bear tu memang dah lama tapi koyak. Dan kita xjahit2 la. Biala kan? Janji boleh dipeluk lagi. Dan rumate telah jahitan & tambah riben tu. Hua....terharu tau. Tak berniat pun nak buat rumate merajuk. 

Bagi kawan2 yang dah lama hidup ngan kita dah tau dah. Kalo kita senyap je diaorg xkaco. Sebab kita xkan cakap selagi keje xsiap.

ni la bear nye..

Dan 22/9 tu berakhirnya praktikum. Lega sangat2 macam dah xpraktikum lagi pasni. Padahal lagi 3 bulan kot. huaaaa... Semoga berjaya Fatin.

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

26.9.12

Mustika

MNasir - Mustika

Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika



Seyes mmg ulang2 je dgr lagu ni. Sampai low bateri mp3. Lagu feveret all d time. Actually, dah lama dgr lagu2 m nasir. Tak tau la nape. Mungkin sebab muzik dia yang sangat bestttttt & liriknya yang sangat misteriiiii. Bukan misteri apa, kadang2 kita kena faham betul2 lirik dia baru kita faham& lagu dia bukan tentang cinta pada manusia sahaja ttp pada Tuhan. Sekarang ni susah giler nak carik lagu cam ni.

 

 Lagi satu, saya suka m nasir ngeee.... Suka tgk penampilan dia. Walaupun skg umur dia dah macam umur ayah kita tapi kita suka tgk dia sntiasa kemas. Ehem...kecuali bila dia rmbut pnjg. Bukan tak suka cuma rimas la tgk lelaki rmbut pnjg. Sebab tu kita letak gambar rmbut pendek je.

Dalam banyak2 penyanyi lelaki kat Malaysia ni, kita suka m nasir sorang je rasanya. Yang lain biasa2 je. Entahla ngapa. Ramai yang hensem2 belaka tapi mungkin muzik yang dibawa biasa2 je kot. Hahaha... memilih sungguh. Lagu memain peranan tau.


Contoh lain, suka lagu Jerrypah. Lagu Aizat semua sempoi je. Cuma kalo muzik dia mcm m nasir yang ala-ala klasik tu lagi i suka...

p/s Ini post warming up utk buat entri baru. Macam2 nak cerita. =]
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~