8.8.16

Tukar Status

Assalamualaikum.

Fuhhh..berhabuk dah blog ni. Nasib ingat email dengan password lagi. Tetiba rasa rindu nak menulis blog walaupun bukannya orang baca. Cuma blog ni medium untuk meluahkan perasaan. Gitewww.

Sekarang ni dah bertukar status. Bertukar tempat kerja. Bertambah gemuk. Haha sebab sekarang dah pregnant 8 bulan. Barulah tau perasaan sebenar ibu kita dulu macam mana masa mengandungkan kita. Sakit pinggang, asyik ngantuk, letih jalan, malas masak haha itu aku, cincin gelang kawin xmuat, baju kerja baju jalan kena beli baru banyak sebab yang ada dah x muat langsung. Haih, kalo nak cite satu2 banyak. Kadang2 ikut orang jugak. Lain orang lain pengalamannya.

Kerja pulak. Lain dah. Dulu seberang tasik. Sekarang 10 minit dah sampai sekolah. Alhamdulillah, rezeki dapat pindah awal tahun duduk dengan suami. Environment nya sangatttttlaaaaaa berbeza. Dan banyak belajar benda2 lain. Mengajar bukan opsyen. Sekarang kena study balik sebelum mengajar budak dalam kelas. Kelas UPSR plak tu. Apa2 latihan atau modul yang nak bagi cikgu kena jawab dulu. Xkan depan budak nak tergagap2 bagi jawapan kan. Nampak mudah. Tapi.. xpela. Dah itu yang Allah tulis untuk aku. Allah dah bagi banyak dah rezeki lain. Cuma rezeki nak ajar opsyen je xdapat. Bersyukurla.

Keseluruhan, sekarang ni dah dewasa. Nak jadi mak orang dah. Banyak nak kena belajar. Semoga kita semua dapat harungi masalah2 yang datang. Cuma kena ingat bila kita ada masalah, ada orang lain lagiii susah dari kita. Cuma kita je tak tau.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

28.11.15

Sungai Beruk, Gerik, Perak.

Assalamualaikum.

Siapa penah singgah atau lalu Gerik?

Sebenarnya banyak tempat yang menarik. Lebih2 lagi Gerik ni dekat dengan bukit, air.

Salah satunya ialah Sungai Beruk.

Tak terfikir pun bila lalu sini ada tempat berkelah sebab tempatnya di bawah jambatan.

Main point dia papan tanda Castella. Tempat makan sambil berkelah. Kalo nak makan kena tempah awal. Makanan semua makanan kampung. Kalo xnak tempah pn xpe. Boleh lepak kat bawah jambatan tu. Bawak makanan sendiri dari rumah.

Ada ambik contact number dia tapi lupa simpan kat mana. Kalo ada nanti upload sini.

Sambil tu boleh acah-acah main rakit. Baru2 ni pergi dia tengah renovate pondok2 dia jd lg cantik.

Budak2 kecik pun ok he mandi kat sini. Tapi tengok gak la. Kalo time hujan gerimis pun takut gak tgk air kat tengah2 laju sangat. Tepi2 boleh. Xda masalah. Kalo air xlaju bestt sbb boleh merentas sungai tu sampai hujung.

Enjoyyy


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.12.14

Oh Terkilan

Banyak benda yang kalau boleh

nak ulang balik masa dulu.

Nak ubah balik keputusan yang pernah aku buat. 

Nak tarik balik kata-kata yang pernah aku ucap. 

Nak tolak permintaan hati yang tak sampai ke mana.

Nak buat semua tu.


Yang paling aku rasa menyesal ialah

memberi harapan kepada manusia bernama lelaki.


Dulu

orang pernah cakap 

"Jangan mudah memberi jawapan ya"


Dulu

orang pernah beritahu

"Fikir dulu. Jangan ikut hati."



Ohh

Keras sungguh hati masa dulu.

Degil sungguh perasaan masa dulu.



Otak dah bisik banyak kali pada hati

Tapi hati tetap hati.


Sekarang baru aku tau perasaan menyesal.

Ya

sebenarnya tak perlu menyesal

sebab semua benda tu mengajar kita supaya tak berlaku lagi masa depan.

Memang sangat mengajar.

Cuma rasa menyesal itu timbul bila

terkilan.


Kenapa terkilan?

Sebab dah kecewakan hati orang.

Sebab dah sedihkan hati orang.

Sebab dah habiskan masa yang diluangkan bersama.


Sebab

Tak dapat nak minta maaf pada mereka.


Ya

mereka.

Jadi kalau mereka terrrbaca entri ni

minta maaf.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

6.6.14

Nikah

Assalamualaikum.. malam ni abg i nikah. Aku plak bedebo. Sbnrnya dari dulu mmg takot tgk org lafaz akad ni. Kalo tgk video kwn2 kawen tu bila da part 'aku nikahkan....bla bla bla..' mesti aku skip. Entahla. Aku xsedia lg nak dengar btl2. Blum masanya kot.

Dan smlm aku jmpa baju kawen mak. Ada 3. Baju nikah satu. Baju sanding 2. Pehh..cantik aku suka. Tapiii...taula kan baju org dolu2 ramping-kerengga-pakai-korset-ketatketat punya. Boleh je masuk badan i ni tp nak jalan duduk xselesala. Kalau pas makan lagila. Uishhh..tp aku suke baju dia. Ala ala vintage gitewww. Dengan bahu dia da ropol besa mmg design lama la. Kununnye nak pkai tp mak xbg sbb warna dia dh lusuh. Tp mmg agak lusuhla sbb bju nikah kaler putih. Pelikla kalau masih putih. Dan baju dulu walau dia cotton tp tebal xjarang. Rasanya skg ni ssh jmpa kain gitu. Kalo da pn mst bapakkk mahal.

So...kesimpulannya.. beli baju laen. Huhu..malasla nak pikir.


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

5.6.14

Bizi oii

Assalamualaikum... Ingat nak update psl hidup kt kemar lg. Tp bizi sket sbb abg nak kawen hujung minggu ni oii.. memandangkan aku sorg je anak pmpn so...huhu pepaham je la.

Minggu depanla lepas konvo. Ceh.. konvo pun satu hal da. Isnin pagi2 dh betolak g ipbm '-.- utk konvo. Padahal ahad tu knduri rmh weolls. Rabakla mata. Tcabutla kaki. Mak ayah aku apatah lg. Duk tanya sedara2 sapa nak ekot aku konvo. Semua cam pending je. Haha..dh byangkan letihnya mcm hape so smua geleng pale. Xpela. Aku g ngan mak ayah je pn xpe. Itu yg pnting. Kalo mak ayah x g, aku pun xnak la g. Apalah sgt konvo tu. Ok. Pikir balik knyataan tu. Tarikkk balikkk. Penting giler kot konvo tu. Sijil dia sbnrnya hehe. Tgk je la apa jd. Mintak smuanya bjalan dgn baik dan smpurna. Amin..

Berbalik pada topik kita. Ecehh.. bdasarkan pmerhatian sy. Kenduri aku nnt aku nak wat smuaaaaa katering. Hamboih ko mak jemah. Kaya sangat.. bkn xnak masak sbb letih atau pape. Cuma untuk menjaga hati semuaaaa pihak. Sekarang ni kan smua bekerja. Cuti pun ingat x g sekolah ke? So kesimpulannya kumpul la duit sbnyak banyakkkknya ye fatin.

Sebenarya entri kali ni nak lepas geram je. Haha geramla sgt kan. Btw, geram pun ayat mesti cantekk. Supaya semua org rasa gumbira. Xda nak terusik bagai. Gitewww..

Okla. Malam ni da knduri doa selamat. Jemputla datang hehe. Wasalamm..


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

31.5.14

Fikir logik

Kadang-kadang rasa geram ,marah, sedih, stress. 

Tapi, 

Tukarkan semua jadi indah.






Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

24.3.14

Lukis

Assalamualaikum. Hua.......takot naik cuti dah mula mengajar. Jadi cikgu oii. Cikgu Fatin. Setelah hampir 5 bulan menganggur goyang kaki-la-sangat kat rumah akhirnya bz la pasni. Tak pe, masih ada seminggu jadi kita lupakan kejap. Surat pun tak smpai lagi.

Kat instagram ri tu aku da post lukisan orang yang aku buat. Tapi terbiar begitu sahaja sebab tak reti lukis mata. Hadoi. Leceh serius kot kalo nak buat mata comel bulat gitu. Sebenarnya kena praktis. Aku baru praktis sekali je. Rasa cam give up dah sebab hasilnya tak berbaloi dengan masa yang aku habiskan. Haha. Biasalah tangan tak de seni. So, belek2 la pinterest. Da jumpa gamba kartun comel. Simple. Tak yah detail sangat. Esp tang mata. Hum, napa tak buat je gini. Mata tertutup gitu. Tak yah pening2 nak lukis mata kan. Contohnya cam gambar kat bawah ni. I yang lukis sendiri. Kaler pakai kaler air. Tu yang basah sket. Patut tggu kering sket tapi biasalah, gelojoh.



Simple je. Toksah susah2. Memang la tak sama langsung. Mesti korang tanya kan bakpe la aku duk sebok2 lukis benda alah ni. Bukan pe, untuk buku jurnal i. Bosanla kalau asek tulisan je kan. Nak gak lukis2. Tak ada idea nak lukis gaya pe, tiru gamba retis yang posing macam2 gaya tu. Ala ala inspired gitu.

Nape eh suke lukis gamba org? Entahlah. Sebab suka...

p/s Katun yg i inspired sangat tu adalah karya nan lawson. comeeeiii...

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

20.3.14

Doodle #2 Plants



Memang dari dulu nak buat cenggini. Baru sempat nak buat hehe. Kununnya.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

18.3.14

Doodle #1 Camera


Oleh kerana nak sangat kamera dslr huhu. Dapat lukis pun jadi la. Adalah ikut dari dari shutterstock ngan pinterest. Ade gak lukis sendiri. Haha siap selit gamba henpon i. Itulah yang jadi kamera i sekarang. Bersyukur ye.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~