15.12.11

Doa Taubat



Tak jemu. Dengarlah~

Maksud:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa.
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha.

p/s maksud ambik dr sini.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

10.12.11

Hepi Besday ke 22!

hepi besday to u, fatin! TENGS BEBANYAK pada yang wish guna henpon, fb. oh, aku dah 22 tahun. kalo nak kira dosa, pahala. seyes takot.

jd, sempena ulangtahun kelahiran ni, aku berusaha mjadi yang tbaik. nak buang benda buruk yang nampak simple, remeh. tapi kalo dah jadi habit nampak buruk sgt. contoh? apa lagi, tangguh kerjala. hish...itu benda 1st skali aku nak buang. hum...doakan ye~

tima kasih mak ngan ayah yg mbesarkan kakak sampai macam ni. kakak xtau nk bls mcm mna.huhu xleh cite pnjg2,sebak.

tima kasih jugak bibik, embah ngan atok sebab mengajar erti bdikari yang sebenar di hari lahir aku walaupun hanya satu malam. moga atok semakin sihat, moga embah dan bibik sentiasa awet muda hihi.

tadi mak cerita, al kisah dulu2 mak ngan ayah sambung belajar, jadi aku ngan abang aku duk ngan embah. aku cakap 'nak makan ikan besar'. sebab, taulah ikan kat kampung kan ikan masin, ikan talapia. mana ada ikan merah yang gemuk2 tu. hish, banyak benda ko kena belaja hidup kampung, hidup susah sikit, fatin. tapi aku rasa, aku dah tak macam tu. tak pilih makan. sedap xsedap pun aku belasah je. jarang tengok pinggan aku ada tinggal nasik. kalo ada tu, maknanya memang aku tak larat. bukan gelojoh o-wat-so-eve, tapi aku rasa sayang gila nasik tu. mgkin sebab aku penah rasa hidup susah kot. nak cite? xyahlah. habit aku paling tak suka bab makan ni bila tengah makan ko cakap 'tak sedapla' ape la. walaupun ko tengok aku diam je, aku rasa macam nak penampo je. depan makanan ko cakap macam tu. ko rasa xsedap, xyah makan, masak sendiri. haha garang tak, garang tak?

awat cite pasal makan ni? bila saya mula merepek ni memang macam ni. oklah, rasanya sampai di sini sahaja. semoga anda2 dapat memenuhi masa cuti anda dengan aktiviti yang tidak sia-sia. haha..


p/s motif? ntahlah.sekian
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

4.12.11

Normal ok..

Hari pertama kat rumah (bila mula cuti) check berat maintain 45kg.

Hari ke10, check berat 48kg. ok...

Hari ke14, huaaaa.....50kg. yes!

Link
Sebenarnya, memang nak naikkan berat badan pun. Sebab, tak nak underweight. Akhirnya, saya berjaya naikkan berat badan 5kg dalam masa 2 minggu! Resepinya? Makan macam esok dah nak balik maktab. Muahaha...

Aish...kena ikut mak g jogging plak la pagi2 pas ni sebab nak maintainkan 50kg ni. Tak nak lah sampai 51kg. Taknak taknak!

Kepada mereka2 yang nak kira bmi tanpa pening2 picit kalkulator, bolehlah pergi kat laman web kurnia.com ni.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.11.11

Walk For Diabetes

Lepas exam ri tu, mak cik kita kol.

'Nana balik bila? Ikut bibik pegi walk for diabetes boleh?'

Of kos boleh.

Jadi, ahad tu kita pun pegi la dekat menara condong, teluk intan. Semua ni sempena melawat Perak...kot. Xsure la.

Walk for diabetes. Utamakan kesihatan anda.

Sampai2 je terus aerobik.

Overall, biasa je. Tapi agak keciwa dgn pengurusan. Tak sistematik. Mungkin last minute kot. Kot la. Yang lain xpasti, tapi yang pasti cara pengendaliannya yang tak berapa menyenangkan terutama macam mana dia tentukan pemenang. Lain, macam soklan yang diberi. Hum...rasa boleh diperbaiki lagi kalau buat akan datang.

Next, jenjalan kat ipoh. Sbnrnya bukan jenjalan pun. Sebab ayah ada kelas, jadi kitaorg pun kira macam menemani ayahlah. 3hari 2 malam. Sempat pergi jalan2 kejap je sebab cuaca tak berapa mengizinkan. Kitaorg g stesen ketapi kat ipoh ni. Dulu tengok je dari jauh. Walaupun tengok2 je, suka tengok seni bina dia. Serius, ipoh ni bnyak bangunan yang klasik2.

Muahaha...
Cantik kan?

Pagi2 kitaorg pergi jogging. Kawasan ni baru nak membangun dengan taman perumahan. Desa Chemor.


Petang tadi balik kampung lepas balik kenduri orang kawin. Owh, banjir rupanya. Dalam perjalanan nak balik kampung tu terjumpa la 2 ekor biawak. Pertama tu tak de la besar mana. Yang kedua tu, gile seram tengok. Macam biawak komodo kat indon tu. Tapi kering sikit la. Seyes besar. Walaupun kat maktab banyak gak biawak, tapi biawak ni tak leh lawan. Pastu jumpa pulak kura-kura. Terkedek-kedek lalu tengak jalan besar. Kitaorang xlanggar pun. Cuma, tak taulah lepas keter kitaorang. Saya doakan kamu selamat lah ye...

Ni dah kira surut jugaklah, kata atuk.

Mari kita dayung sampan. Walaupun air setinggi sejengkal, diaorang ni nak jugak naik sampan. Biasalah, jarang jumpa kan.

Budak comei. 'Jangan tegur budak biru angry bird tu'.hihi


Nak balik rumah, pergi jeti Bangan Datoh. Dah lama tak pergi walaupun dekat. Hum...bukan nak kondem ke apa ke, cuma banyak sampah. Serius tak terjaga. Kan tempat ni jadi tumpuan, rasanya tak salah kalau kemaskan sikit. Rumput kat taman permainan punyalah panjang, tapi budak2 men belasah je main. Yelah, dah tak de tempat lain dah. Tak yah nak bangunkan macam2, cuma, TOLONGLAH bersih sikit.

Dulu, masa kat Miri, pagi lepas subuh dah de orang datang untuk bersihkan tempat2 macam ni. Lepas tu, nak dekat maghrib datang lagi sebab nak kemaskan sampah2. Serius bersih tempat tu. Tapi, tak guna jugak kalau pengguna tak paham bahasa. Buang sampah sebelah tong sampah. Tong sampah punyalah besa. Kat mana2 pun sama je. Selalu nampak benda macam ni jadi.


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

15.11.11

Hepi Becoming Besday!

lambat sket post entri ni sbb mslh teknikal m'transfer' gmbo dr henpon. eleh, 1 je pun gmbrnye..huhu

tanggal 12 Nov, PINOT,SUE,EYA,DEBOT,FAZ,AIDA,YUS telah mn'surprise' kan kita ngan kek nih.muahaha....sbnrnya dh agak tp kita x dptlah nak expect diaorg akan buat mlm tu.yelah, besday i kan korang salu smbut b4 nak cuti pnjg.nasib tahun ni kitaorg jadi baik sebab xde nk simbah2 air, calit2 kek kat muka.sebab dulukan dh kena tego..kiki ala,bkn salu pun kitaorg wat.dalam 1 blok ni, kitaorg je yg wt cenggini.xpe, kitaorg dh bsara.haha

tengs ye korg.kek ni sedap,tengs to pinot.hihi licin habis kek ni dibelasah.sambil2 tu, siap duk berceritala.BERCERITA ok,bkn ngumpat.Abih2 je org sume dh balik,PINOT bg surprise! hadiah kotak.sblm ni terlepas ckp yg kita nak kotak cantik.kosong pun xpe.hihi tapi dia bg ada isi kat dlm.tudung.semalam(isnin) kita pakai dah.yela,rumate i hadiahkan....& tadi balik dr exam je ptg da bekas pensil wane hijo kt dlm kotak tu. hadiah lagi. dia buat masa kita exam.hua.....segan dah ngan pinot! sayang ketat2~ *blush2*


tu je kot nak cite.btw,TENGS kpd sume2 yg mjayakan majlis sempoi2 nih.habis burn 1 malam xbaca buku nk exam.kiki....
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

13.11.11

Exam

Yeye! lagi EMPAT paper nak habis dah. Pastu balik rumah. Yeye!

Hum..Empat lagi ye? banyaknye..huhu

Gud luck kpd semua.

Smoga lebih kritis & kreatif dlm mbina jwpn anda nnti!



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

7.11.11

Quote 1

"Forgiveness is a gift you give to yourself."
Suzanne Somers

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

6.11.11

Aidiladha

Malam raya pergi beri barang jap. Sempat solat kat surau dia. Tiba2 takbir. Hua...seyes sebak kot. Tapi xdelah sampai nangis. Sebelum ni rasa xdelah sedih mana. Tapi kalah bila dengar takbir.

Pagi raya bangun awal. Pergi solat raya dekat masjid. Macam solat kat oversea tau. Hahaha...ramai bukan warganegara.. Hum, bukan nak cakap xbaik ke apa. Cuma, faham2 lah sendiri kalau nak pergi masjid tu cara kita berpakaian macam mana. Sesuai ke pakai legging? Hum..nk cerita bnyk2 pun tak baik. Sebab kita pun bukannya sempurna mana pun. Masa tu tutup mata je. Kalau tengok nanti hati ni banyak plak cakapnya.

Lepas solat, g carik makan. Nasib kedai mamak bukak. Sarap lah kejap. Ramai gak yg makan masa tu dgn berbaju melayu & baju kurungnya. Siap makan 1 family. Singaporean kot. Kalaulah kita kat kampung mesti tengah makan ramai2. Riuhh dapur tu. Ketupat, rendang etc etc.... hua.....

Balik dr sarap singgah sebentar di blok kwn2 yg xbalik. Diaorg masak rendang ngan nasi yg dihimpit2 dlm plastik tu. Ah...ni bru terasa mcm raya sket. Ramai2 makan sambil tengok tv. Tengs ek korang sbb jemput kita.

Petang tu g rumah mak cik. Kuih, rendang, sambal etc etc sedap2 belaka. Macam makan kat umah. Balik dapat big apple ngan j.co plak.

Kenyang 1 hari.

Esok nak makan nasik jugak. Xkira.

Maap mak, kakak xbalik.huhu
"Mak xdelah terkilan sangat ko xbalik raya ni sebab hari tu dah balik."

p/s ya,saya seorang perantau!
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

24.10.11

REMAJA-lah sangat

Tak de angin, xde ribut. Tiba2 duk mengemas bilik. Tensen tengok bilik berhabuk. Al maklumlah 2 bulan sekali baru balik. Kemas mana pun habuk mesti seinci. Paling tak tahan tak tahu nak campak mana majalah lama-lama dulu. Tau tak majalah apa? REMAJA lah... Dulu kan i remaja lagi. Sekarang ni, akhir remaja. Ngaku jela kalau umur dah 20-an tu. Hum...

Kira punya kira, ada 70 buah majalah. Contohnya dalam gambar kat bawah ni. Kertas nya bukan calang2 tau. Bukan macam kertas sotkabar yg nipis tu. Gila berat kot.

*kalau jual rasanya ada ke orang nak amek?


Selepas memikirkan dengan penuh serius, akhirnya letak jugak kat beg AF ni. Beg ni pun dah lama. Muat2 je semua majalah ni. Kononnya, kalau letak kat dalam beg ni, senanglah nak simpan mana2 sebab ada roda. Dah siap zip pe semua, sebelah roda rupnya xda. Pergh... alang2 menyeluk pekasam. Memang tolak guna kaki la. Nak guna tangan, serius tak bergerak langsung. Bayangkan betapa beratnya. Nasib abg belum balik puchong. Dengan suara yang penuh kelembutan, aku pun mintak tolong. Ala, biasalah kan kalau nak mintak tolong. Dah angkat tu. Satu2nya roda tu plak pecah. Penangan kau lah REMAJA. Sekali lagi mintak tolong abang tolak bawah katil. Nasib aku kemas hari ni, kalau esok, menangkatlah aku sorang2.

*kalau jual ni....hum...$$$

Tak tahu la knp aku saje nak jadikan ini isu utk entri ni. Dah tak de menda nak cite kot. Dengar je lah ye. Penat gak lah kemas bilik yang sekangkang kera ni. Dengan panasnya. Mengangkat almari kayu. Ber-musle plak rasa. Muahaha...

Tak naklah tunjuk gambar bilik. Sebab bilik i cantik sgt. Nanti u ol jeles. =P

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

19.10.11

HB to u ol

Besday utk yg lahir dr bulan 7 hingga 12. Orangnya ialah yg tersenarai kat kek tu. Jangan lupa baca nama yang kat bawah tu. hihi.. pelikkan nama kita last kat bawah tu. Lonely gila nampak. Tak pelah. Kek ni tak pastilah kek apa. Kitaorg panggil kek pattaya. Sebab kek ni bersalut telur. Pelikkan? Rasanya, biasa2 je. Kita x brapa gemar makan kek.. Tapi boleh je makan.

Tengs kepada mereka2 yg mguruskan majlis ni. Hadiah bantal tu kalau dpt yg panjang lagi besh.hihi TQ!
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

13.10.11

DIY : Sulam2

Salam.
Hum...sbnrnya kitaorg hari tu (xingatla bila) ada ujian utk mjahit & myulam. Hish, bagi org mcm saya yg xpnh pegang jarum sulam ni susah gila. Basic pun xda. Belasah je la tengok kat tenet. Tapi, problemnya 1, kalau carik dlm bm mmg xda. Kalau ada pun dia akan soh belajar online. Tak nak lah. Kita pun carik lah dlm bi. Serius banyak. Dari basic kepada yg susah. Mula2 poyo gak lah carik design yg comei2. Tapi, nasib baik da perasaan sedar diri tu masih ada jadi tengok yang basic je dah la. Berkat kesabaran & kesungguhan kita (tangan d bahu) ini je lah yg mampu. Bagi kita ni dh kira excellent dh. (muahaha....sila buat2 tak dengar). Sebenarnya sangat senang. Serius tapi kena tekun la. Kalau setakat buat last minute atau tangguh2 tak yah la.

Sapa2 nak cuba pun boleh. Ingatkan nk bubuh link tutorial yg kita carik ni tapi ada kat sayang lama. Al-maklumlah, skrg kan i dah ada sayang baru. Hihi...

ni secara kasar. lepas dh siap yg ni, tersimpanlah ia beberapa minggu. tengok pun tak. biasala, org bz. =P


yg ni produk yg dh siap. esk soh hantar malamnya baru lah nk settlekan. siap boh manik tu. tapi letak sikit je sbb leceh r. sbnrnya kat belakang dia ada buat jugak lain sikit tapi bila dh buat pagi2 sebelum kelas tak sempat nk amik gmbr. (ye,sy ngaku sy buat las minit).


Bila dh siap jadi beg cm tu, rasa mcm syg pulak nk hantar. huhu~ konon mcm masterpiece la. haha. padahal ramai lagi yg buat LAGI CANTIK dari yang kita punya ni. apapun nak cite kesimpulannya ialah... sapa2 yg nak wt pun boleh. laki pun of kos boleh. kelaka bila ingat balik bdk2 laki kelas kita tekun menyulam masa amali ri tu. tp bagi kita bes gak kalau laki tu boleh wat keje2 gini. xdelah pompuan je. ye tak?

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

9.10.11

51011

*source; fb cik fatin

'Awk kat ne? sy kat tempat makan yg hari tu awk bawak sy!'

'Ha? ye ke? kita pun nk pergi sana ni! jumpa kat sana!'

excited gila. hi3

fatin liyana jumpa liyana fatin!
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.9.11

YumYum : Amali Masak

Bukanlah terer mcm chef masak tp sape2 kalo ikut resepi KONFOM boleh masak. Ni gambar je yang kita tunjuk. Rasa xboleh sebab kitaorg dh habiskan.hihi...enjoy ye. Amali memasak yg on da spot mmg best... *tangan d bahu*





p/s malasnya nk citer...
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

17.9.11

PBS IV : SK Sg Buloh

Ya, pbs terakhir. Pas ni praktikum dh. Nevesnye...

PBS kali ni wt kat sekolah kita masa kecik2 dulu. Harapan nk tengok suasana ngan jumpa cikgu2 lama. Suasana sangat berbeza sebab dulu rasanya sekolah ni sgt penuh. Ramai student tapi sekarang ni tak ramai macam dulu. Sebab dh da bukak sekolah baru. Cikgu2 lama ada 2 orang tapi tu pun nk pindah bulan 10 nanti sebab kan seorang guru yg dh berkhdmat d sekolah yang sama lebih 10 tahun kena tukar. Dulu cikgu tu garang kot, tapi masa jumpa hari tu siap ketawa2 lagi. Cepatnya masa berlalu, dh dewasa rupanya aku(tangan di bahu).
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Bahasa Jiwa Bangsa

Dok shopping kuih raya tiba2 ternampak perkataan ni. Hum...rasanya dia dah keliru tu. Macam mana ni, org negara sendiri pun tak tau bahasa sendiri dengan betul.

*sedaya upya edit post...tinggal pendek ni je.

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

BBQ

Raya ke5 (sabtu) da wt bbq kt umah. Sebab da yg teringin nk mkn bbq lepas tengok abg kita salu wt bbq ngan kawan2 dia kt umah. Jadi, sehari sebelum kita balik JB sempatlah buat. Ramai gak yg dtg. Jadi, kira open house lah tp utk sedare2 yg terdekat. Len kali kita wt open house kita jemput semua k. InsyaAllah...

Nampak je ayam besa gedabak tu tp serius sedap. Tak de bhgian yg tak masak. Tukang kipas nye org2 kat rumah je lah. Kecuali abg kita yg ber'open house' kat ipoh. Janji nk tolong.

Jadi, memang agak penat r. Sebab sape lagi nk tolong kalau tak kita sendiri. Kalau bab basuh pinggan memang sayalah calon paling atas. Tak ada org lain dah. Dari pagi sampai malam kot. Dapur kat umah tu terpaksa berehat hari ahad sebab hari sabtu tu dok masak je.

Orang kuat nya semestinya ayah & mak kita. Entah brapa kali ayah ngulang g kedai. Mak pulak dh exercise brapa puluh km walaupun jalan kat dapur je. Mak cakap 'Tahun depan kalau nk wat, panggil catering'. Muahaha...saya setuju!
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

7.8.11

2Novel


Nak cerita pasal dua buku yang kita beli minggu lepas. Dua2 buku ni sebenarnya sebuah diari kehidupan. Maksudnya, macam kisah hiduplah. Sekali sekala baca kisah hidup orang lain best jugak. Pengalaman yang dia ada tak serupa macam kita.

Buku pertama, Chef. Hum...mungkin penulisnya seorang chef jadi susunan ceritanya tak berapa menarik. Cerita dah bagus cuma, kalau banyakkan dialog lagi best kot. Cerita tentang chef hanya bermula selepas muka surat 100. Bayangkan, hati kita yang meronta2 nak tau pasal kehidupan seorang chef ni penat nak tunggu tau. Tapi, kesimpulannya oklah. Banyak tau tentang resepi2 yang diberitahu secara langsung dalam buku ni. Cara nak buat mayonis. Senang rupanya.

Buku kedua, Dari Kepala Batas ke New Haven. Kali ni penulisnya ialah orang lain yang ditugaskan menulis tentang kehidupan seorang pakar motivasi dari kecik sampai besar. Lebih menarik sebab banyak tragedi yang berlaku & cerita macam mana seorang kanak2 yang melihat hidup keluarganya yang susah. Dia banyak menceritakan sikap masyarakat kita yang ehem2 tu. Maksud kita, bila susah tinggal2kan, bila senang dekat2lah. Sedih tau. Cerita dia ditambah dengan kehidupan dia di negara orang dengan hanya berbekalkan USD600. Dia sengaja bawa duit sesikit itu kerana nak mengajar diri untuk susah di negara orang. Asyik senang je, cepat lupa diri nanti.

Itu je kot secara ringkasnya. Baru lepas habis baca novel ni sebenarnya. Rasa teruja pulak nak carik novel lain yang macam ni. Masih tercarik2 novel tentang kisah doktor. Ada baca review dia dekat blog senior. Carik2 tak jumpa lagi....huhuhu
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

3.8.11

Random


masa cuti 3 hari tu, kita pinjam tv k.pija sebab yela kalo sorang2 xde menda nak wat boleh gak lah layan drama2 kat tv. tp masih xlayan hindustan. hahaha... sgt bsyukur sebab dpt pinjam. kalau x, meringkuk je la kat katil tu. tengs k pija! niat d hati nak beli jugak cm ni memandangkan tv blok kena songlap baru2 ni. tapi bila pikir2 balik, "fatin, ko kata nak beli laptop"
FINE!

Ni malam sabtu. petang tu dh telan megi sebab malas nak kuar beli makan. tunggu malam la. sebab diaorang kata pergi majlis penyampaian hadiah sastera darul ta'zim dapat makan. dalam kepala asek tbayang nasik...oh nasik... tp xdapat jugak makan nasik sebab orang lain dh sebat dulu. licin kot nasik. xpelah. makan bihun je. adik beradiklah ngan megi. tapi dapat makan ayam. tapi, tensen tul makan cenggini. kena sopan2 gitu. macam2 ada lagi. sebat gak lah. tapau dalam perut untuk esoknya. haha...
KALAULAH BOLEH TAPAU...

nampak apa2 yang pelik? ya, tepat sekali. akceli ni je yang tercabut tapi da banyak lagi yang menunggu. al maklumlah selepas tragedi terjatuh atas simen 2 tahun lepas tu efeknya baru rasa skg.. keyboard dh xleh nak tekan huruf2 tertentu. terpaksalah carik alternatif lain. tapi yang lain2 ok lagi. kira xde lah seuzur mana. tapi, hati ini meronta2 nak beli laptop baru. notebook ni asalnya ayah yang punya beli tahun 2005. tahan gila smpai skg. cuma tu la, kecuaian anaknya. ni sampai macam ni, senyap2 je.
SIMPAN DUIT. *CARIK DUIT*

comel x bunga ni? kita jmpa kat hutan bandar. nak je bawak pokok dia balik bilik.hehe2 bunga ni ada bau. wangi. tertanya2, apakah jenis pokok bunga ini? adakah hanya tdapat di hutan? jawab la kita sorang2 sendiri.


NI adik last, yang suka lepaking bilik kita sambil baca katun yang berkurun lamanya itu tanpa jemu. macam penin je. alangkah baiknya jika buku itu buku matematik.
*imagine2*

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.7.11

Alasan ko PESBUK?

ko ingat 24 jam aku dok ngadap PESBUK?

p/s watak tak ada kene mengena dengan sape2.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

24.7.11

Makan je



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Jerawat



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

19.7.11

Teluk Ramunia

14-16 Julai : BIG kat Teluk Ramunia, Johor. Banyak nak cerita. Untuk entri akan datang la ye. Gambar belum ambik dari mereka2. Al maklumlah, asal ada kamera je, menyelit sana sini. Lepas tu tak tahu pun kamera sapa. hehe...

Feveret picture!

p/s ce teke kita yang mana satu?

klu : yang pelik dari yang lain

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

10.7.11

Mihevoli

Pe kebendenya Mihevoli ni ek? Hum...mihevoli ni sebenarnya ialah....mihevoli lah. Haha...annoying x? (tangan di bahu,mata pandang ke atas). Ramai yang dah tau pe benda ni sebenarnya. Jadi, tak yah lah bagitau..haha

Saje nak tunjuk. Kita buat malam tadi. Kira macam album gambar. Kita tak mampu nak beli album gambar banyak2. Kita guna fail 3 inci je. Album ni tak dibuka kepada orang ramai lagi sebab dalam proses pembinaan lagi. Kalau dah siap bolehlah tengok ye. Tapi mereka2 yang berada di sekitar kita je. Yelah, yang jauh macam mana nak tunjuk kan?

Sapa nak buat macam ni pun boleh. Jimat ye anda-anda sekalian. Tapi perlukan ketekunan & kesabaran yang tinggi. Chow!

p/s : nak tau pe maknanya, sila terbalikkan perkataan tu.selamat mencuba!

p/s 2 : maaf sebab banyak yang mengannoyingkan. harap anda semua bersabar. =P

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

1.7.11

Dear Mira

Mira,
Ni la dia skg,
Dah besar kan?
Hehehe
Kita suka tengok dia panjat2 macam ni
Finiey yang bagi idea
Mula2 ingat nak potong sebab dah panjang
Tapi bila dah buat macam ni
Comel pulak
Suka tak? =]
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

29.6.11

Nitrus

all time fav saya. ya, mereka bukan nya muda remaja lagi tapi kita suka... sebenarnya kita suka masa diaorang femes dengan lagu Resah. mula hari tu, kita gila ngan lagu tu. lagi2 bila tengok video klip dia yang rasanya memang susah nak buat. kena terbalikkan lirik bagi sama dengan dengan lagu dia. ish2...

kita ingat lagi, dulu masa masuk maktab kena duduk dorm yang ada 6 orang. tiap2 hari diaorang kena dengar lagu nih sebab kita asyik pasang je. dulu tak mampu nak beli mp3. bila kita pasang je lagu ni, mesti diaorang kata 'hum...lagu ni lagi'. hehehe

Banyak lagi lagu best macam kamu, rasa dll. tapi paling tak jemu kita dengar ialah lagu CINTA. pergh, suka sangat. siap jadi ringtone tau dulu, kini dan insyaAllah seterusnya. hihi... video klip simple2 je. tapi kita suka...

p/s motif entri ialah suka2. sekian
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

10.6.11

Temple Grandin

Biopic movie tentang Temple Grandin ni ditayangkan di HBO tahun 2010 tapi baru je kita tengok tadi. Siapa dia ni? Hebat sangat ke sampai orang buat cerita pasal dia?

Sebenarnya, beliau merupakan seorang autistik. Tau kan autistik tu apa? Bagi yang tak tahu, penghidap autistik ni ada masalah untuk bersosial & berkomunikasi. Kalau kita cakap dengan dia, mata dia tak akan pandang mata kita. Dan kita tak boleh nak peluk2 atau sentuh dia sesuka hati. Dia boleh jadi tak tentu arah kalau kita buat macam tu. Kira sensitif kepada bunyi, cahaya & sentuhan.

Menariknya, Temple ni boleh belajar berdasarkan gambar. Dalam fikiran dia semuanya gambar. Contohnya, (dalam movie ni) ada lecturer dia suruh dia baca bahasa France kuat2 muka surat pertama. Autistik ni kurang berminat pada bahasa sebab bahasa tak boleh nak diterjemahkan dalam bentuk gambar macam fizik. Jadi, dia pun dengan nervousnya tengok buku tu sekali imbas. Semua orang pelik la tengok dia. Bila lecturer dia ambik buku dia & paksa dia baca, dia boleh baca tanpa lihat teks sebab otak dia dah scan gambar muka surat tu. Kira dia boleh baca keseluruhan teks tu dengan sekali imbas je. Terer tak?

Temple Grandin (kiri) & pelakonnya, Claire Danes (kanan)


Tapi kalau nak tengok cerita2 kelakar & yang tak payah pening2 fikir, movie ni bukan untuk kamu. Cerita ni perlu kita cepat pick-up sket. Kita terpaksa pause sebab nak faham apa sebenarnya yang Temple ni cakap. Sebab bila Temple mula bercakap je, dia seperti tape radio yang tak ada titik noktah bila berkata-kata. Dengan mimik mukanya yang nervous tak boleh blah, takut tau nak tengok dia bercakap.

Cerita ni sesuai untuk mereka2 yang nak kenal macam mana hidup seorang individu autistik nih. Selamat menonton bagi mereka yang nak menonton. Boleh watch online je, search kat internet.

p/s update tentang movie memandangkan kita menganggur sekarang.hihihi
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~