28.3.13

Azam

Assalamualaikum. Rindunye nk tulis blog. Kalo dilihat daripada archive dh 4 bulan x mengepost apa2 kat sini. Maafla. Ini dicampur dengan kebizian dan kemalasan. Haha...mcm la da org baca.

Tak kisah la tu. Hum...tahun ni tahun terakhir kat maktab ni. InsyaAllah tahun depan kerja. Takotnye. Sekarang ni pun tgh dalam prktikum terakhir dekat pontian. Hum...nk cerita macam2. Tapi, tggu la habis prktikum ni. Baru best cite. 1 post tu msti panjang. Al-maklumlah 3 bulan.

Tahun baru ni (walaupun dh bulan 3), nk gtau azam tahun ni. Azam saya ialah jeng jeng jeng... blaja masak & menjahit. Amacam? Adventure kan? Hahaha..adventure untuk kita la. Bkn senang tau nk masak. Kita bukan xreti masak cume cepat konpius untuk guna bahan2 dia. Last2 buat resepi sndiri. Tapi, bila dh meningkat umur ni malu la kan kalo masih macam ni. Kalo boleh nak konfiden la bila masak. Tanpa rasa was-was. Menjahit plak. Kita nak menjahit apa2 je terutama baju kurung yang dah bertahun lamanya mak ajar & xpernah2 lulus. Tahun ni azam tu ok.

Azam tahun lepas dh terlaksana. Tahniah Fatin! Azam tahun lepas ialah tak nak tgk wayang. Hahah..ingat senang ke? Pergi jenjalan mesti lalu wayang. Nasib kita blh sabar tau. Tahun ni masih diteruskan tp rsanya dah boleh thn sebab dah puasa tgk wayang setahun. hihihi xtergugat lagi imanku.

Ok, gmbar xde kena mengena


Macam2 nak buat tahun ni. Serius. Sebab fikir tahun depan mesti macam2 mungkin terjadi. Bayangkan lah tahun depan nak kerja, sorang2 dah xde kawan2 cm sekarang. Kalo dekat ngan rumah xpela. Kalo jauh xke haru. Lagi satu kejayaan yg mmg x terfikir pun dulu ialah boleh bawak kete hahaha... Macam simple je kan? Tapi kalo korg nak tau, masa mula2 bawak kete kat JB satu bende pun kita xtau tau. Kat rumah mana da bawak sejak dpt lepas lesen pas SPM. Tahun 2006 kot. Memang gila2 la bawak kete. Dah la kat JB tu. Dengan bertemankan kete berplatkan A, jadi mungkin boleh dijadikan alasan kalo membuat silap. Kunun2 baru dtg JB. Bila ingat balik, hish....memang pengalaman mengajar kita menjadi org yang berani. Bak kate mak, belasah je.hihi sedangkan org yg bertahun bawak kete pun ada buat silap.

Ok. Sayangku Oren. 


Last but not least, hum.... sikap. Haha...susah sbnrnya nk ubah sikap sendiri. Tapi kalo boleh nak ubah skettt je iaitu menerima org lain. Maksudnya menerima macam mana ye? Menerima org untuk cipta kenangan dalam hidup saya. Selalunya susah sangat sebab banyak fikir tentang keburukan masa depan nanti. Itulah, inilah.... Tapi rasanya sekarang ni dah ok skeettttt. Kita rasalah. hihi Lagi satu suke buat kerja sorang2. Tak salah kalau bcakap masa buat kerja Fatin.


Ok. saya memang suka buat keje sengsorang.



Hum...kenapa nak kena gtau eh? Sebabnya, kalo kita sorg je tau azam ni. Nanti suka2 hati je. Tak tercapai azam pun xpe. Bukannya da org tau. Ni at least la da org tau & mereka boleh tegur. Kan kan kan...
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.3.13

Potato Wedges


Assalamualaikum... hari ni nak buat kentang wedges. Selalu lalu je depan kepci mesti teringat wedges dia. Tapi, xkan nak masuk semata-mata nak beli wedges sahaja kan? Jadi, untuk tidak melayan kemahuan ni sebab nanti bukan takat wedges je yang akan dibeli maka buat la sendiri. Kan lagi senang, ye dak?

Cara-caranya ialah:






Sumber rujukan:


Buku ni beli guna Baucer Buku. Azamnya untuk belajar memasak. Kita mulakan dengan resepi yang paaalllliiiiinggggg ringkas. Lepas ni kalo xpandai masak lagi tak tau la nk ckp cm na huhu...

Selamat mencuba!

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~