19.2.11

Yang baru

Assalam...yang baru iaitu mp3 nih. Saje nak tunjuk. Comel tak? Jangan ditanya kenapa pilih warna merah. Saje nak mengada pilih warna ni. Ada warna lagi cantik macam biru, pink (huh?), emas, silver dengan hitam. Tapi tak pe la. Sekali sekala kan? Dah lama mengidam benda ni. Boleh je pakai handphone kalau nak dengar lagu tapi tak nak memberatkan handphone. Yela, handphone kita biasa2 je. Jadi sekarang ni jarang gila sentuh handphone kecuali ada adik2 kelas mesej pasal kelas, ngeee. Jadi kalau balas lambat sikit tu paham2la ye. Harga dia biasala (hua...pejam mata keluarkan duit). Sony kan? Tapi saje beli yang basic series. Bila kita cakap nak beli mp3, orang mesti cakap kita nak beli mp4. Zaman sekarang orang guna mp4 je. Tapi, tak berapa nak minat sebab.... entahla. Kita suka mp3 lagi.

Lagi...nak citer pasal keyboard. Kan kita punya laptop ni dah lumpuh (hu3 mungkin sebab pernah jatuh atas lantai simen dolu2 tu). Jadi, beli la keyboard usb. Jadi sekarang bolehlah siapkan kerja atau asaignment dengan lebih cepat sebab ada dua keyboard (haha... melawok mu). Nampak macam expert je ada dua keyboard. Hum...tu je kot nak cerita. Nak siapkan assgnmnt nih. Isnin dah nak kena hantar. Nak guna keyboard baru ni. Tata...
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

13.2.11

Movie : Baran

Sebuah cerita dari Iran. Mula ditayangkan pada tahun 2001. Pengarah cerita ni Majid Majidi. Banyak jugak filem yang beliau buat yang dapat anugerah di peringkat antarabangsa. 'Baran' dalam bahasa Iran bermaksud hujan & juga dalam cerita ni Baran ni nama seorang watak perempuan yang merupakan warga Afghanistan yang masuk ke Iran untuk bekerja. Kiranya, dia ni pendatang tanpa izin dekat bumi Iran. Cerita dia lebih kurang macam cerita korea 'He's So Beautiful'. Baran menggantikan bapanya yang patah kaki untuk bekerja di tapak pembinaan banggunan. Tapi dia diperkenalkan sebagai Rahmat supaya dia dapat bekerja kat situ. Yela, mana ada orang nak bagi kerja kat tapak pembinaan pada perempuan kan? Lagipun, dia memerlukan duit selepas kematian ibunya & bapanya yang dah tak boleh nak buat kerja.

Lateef pula memang dah lama kerja kat tapak ni sebagai tukang buat air teh untuk bagi orang2 yang kerja ni minum. Kira kerja dia ni senang la berbanding orang lain. Satu hari Memar, ketua pekerja2 kat situ tukar kerja Lateef dengan Rahmat ni selepas satu insiden. Lateef jadi marah sebab dia terpaksa bekerja keras pulak. Tapi, bila Lateef dapat tahu yang Rahmat ni rupanya perempuan dia jatuh cinta dalam diam. Dia tolong keluarga Baran terutamanya dari segi kewangan. Bayangkan duit gaji Lateef selama setahun yang entah berapa ribu tu dia memang simpan & bagi semuanya pada keluarga Baran yang memang kesempitan duit. Lateef juga sanggup jual pasport dia sebab nak tolong keluarga Baran. Tapi akhirnya, keluarga Baran nak balik semula ke Afghanistan. Scene akhir cerita ni romantik tapi cara sopan. Maksud saya, cara 'I know, U know' hanya melalui pandangan mata je. Sweet...

*scene akhir.

p/s Cerita ni rasanya tak sesuai untuk mereka2 yang suka tengok cerita yang banyak dialog.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

5.2.11

Movie : The Orphanage

Tengok poster pun dh tau yang cerita ni cerita seram. Tapi jangan risau bagi mereka2 yang suka tutup mata masa tengok movie macam ni sebab tak ada hantu rambut panjang pun. Movie ni ditayangkan di Spain pada 2007. Rasanya tak masuk kat Malaysia. Jadi kalau nak tengok, pandai2lah carik dekat internet. Carik yang ada english subs tau sebab bahasa yang digunakan bahasa Spain.

Sinopsis sket : Laura berpindah ke rumah baru yang dulunya merupakan rumah anak2 yatim. Rumah anak yatim tu pernah dihuni oleh 6 orang kanak2 termasuk Laura. Jadi, bila dia dah besar ni dia nak beli rumah tu untuk buat kembali rumah tu sebagai rumah untuk kanak2 kurang upaya bersama suami & seorang anak angkatnya, Simon. Simon ni pulak HIV positive & ada imaginary friends. Mak & ayah dia layankan saja bila Simon cerita pasal 'kawan' dia tu. Bila hari majlis pembukaan, Simon ajak Laura pergi rumah kecil 'kawan' dia tapi Laura tolak. Simon marah & menghilangkan diri. Lepas tu, drama cerita ni pun mulalah...

Antara sebab2 kenapa tak rugi kalau download cerita ni:

1. Prolog cerita yang ringkas.

2. 'Opening credit' yang sangat kreatif; gambar tangan anak2 yatim mengoyak wallpaper dinding yang lama.

3. Soundtrack memang sesuai dengan situasi; muzik sahaja dah buat rasa seram padahal tak ada apa pun.

4. Keseraman cerita bermula dari awal sampai akhir; tak akan rasa bosan sampai kena skip2 part tertentu.

5. Tak ada scene seram murahan/klise.

6. Rasa seram & sedih; ala2 touching ending. Unpredictable.

p/s : Sekali2 tukar angin tengok cerita Spain pun best gak, tak adalah asyik2 cerita 'saranghae'. Hih3
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~