9.5.11

Cara halau semut

Sakit hati tak kalau tengok semut banyak macam ni dekat air korang? Walaupun air kosong semata?


Cara2 yang paling mujarab menghalau semut. Jeng2...

Letak minyak.

Contohnya, macam jug yang kita ada ni penuh dengan air masak. Tapi dah tercemar dengan seekor semut yang dah mati lemas. Kita boleh sapu minyak kat bawah jug tu. Letak minyak kat kapas pastu lap kat bawah jug tu.

Secara logiknya, bila semut tu nak panjat dia akan terlekat dekat jug tu. Mestilah kalau dia nak panjat dari bawah kan? Nak sapu minyak kat seluruh jug pun tak pe...ki3

Tapi, air tadi tu buang la. Jangan minum lagi. Dah nak exam ni...

Minyak yang kita guna, minyak zaitun, Minyak masak pun boleh. Minyak tanah, hum...tidak digalakkan.

Cara yang paling senang, beli kat kedai. Dalam bentuk bijik2 / pasir2.. Tapi kita tak pernah guna.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.4.11

BIG III

Pada 21.4 lepas kita pergi BIG dekat SK Nong Chik. Pada asalnya, nak pergi tempat lain tapi tak jadi sebab beberapa kekangan. Kami pun ikut opsyen Math hihi... Tarikh tu kami pilih ada sebab jugak. Sebabnya, nak lari dari merentas desa yang asalnya hari khamis tu tapi dah ditukar isnin. Jadi, isnin tu membelasah jugaklah 3.6 km.

Berbalik kepada BIG tadi. Sem ni kita kena buat khidmat masyarakat. jadi, kami pun bersedialah untuk berkhidmat untuk sekolah ni. Antaranya ialah:

* bermesra dgn murid prasekolah. comey2 lah diaorang ni. geram betul.

* bersihkan taman permainan prasekolah. Cuci segala lumut di lantai & cat balik.

*kata2 hikmah untuk ditampal di dewan sekolah. tapi tak sempat nak tampal sebab kekangan masa.

* inilah kerja kita. Lukisan mural. Walaupun tak secantik lukisan profesional, tapi mural ni menarik minat budak2 yang lalu lalang kat sini.hi3

*bersama guru besar SK Nong Chik. Ye rakan2 sekalian, saya yang skema dihadapan tu.

Keseluruhannya, sangat berbaloi2. Sehari menyiapkan kerja2 ni bukan mudah walaupun nampak macam makan kacang kuda tapi memerlukan komitmen yang sungguh tinggi. Terima kasih kepada semua (ha??).

p/s tq kepada mereka2 yang membantu kita menyiapkan kertas kerja dalam masa yang singkat & mereka2 yang membantu secara langsung & secara tak langsung.

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

2 Mata

Bukan sebarang mata ye tapi mata untuk rumah sukan.

1 untuk larian 800 meter

1 lagi untuk merentas desa (kalau tak silap 3.6 km)

Oraitlah tu. Sebenarya kita ada target lagi satu acara. Acara lompat jauh. Almaklumlah tahun lepas dapat sumbang 1 mata untuk lompat jauh. Jauhnya tak ingat pulak berapa. Bukan tak nak pergi cuma hari tu kita ada BIG kat SK Nong Chik. Balik pun jam 5.30 petang. Memang tak menyempatlah. Sorry!

Orang cakap, rumah kita macam tak de harapan. Kita tak kisah pun. Cakap je. Sekurang-kurangnya kita menyumbang untuk rumah sukan. Anda? Kalau menyumbang, alhamdulillah-lah. Kalau tak, hehehe... senyap2 sudahlah. Chow!
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~