4.8.12

Praktikum Fasa II : Keranamu Tazkirah Ramadhan

"Nanti bila ditiup sangkakala kali pertama, semua hidupan dan makhluk yang ada di dunia ni akan mati." Ustazah yang bertugas menyampaikan tazkirahnya.

Tiba-tiba kedengaran suara kecil."Saya tak nak mati."

"Bukan sekarang. Bila hari akhirat nanti" Ustazah menerangkan.

"Saya tak nak mati" sambil tutup mata dengan tangan. Terhinjut-hinjut bahunya.

"Bila akhirat nanti semua akan mati. Cikgu, mak, ayah, kakak semua akan mati. Takkan nak hidup sorang2?"

"Saya tak nak mati. Saya tak nak mati. Saya tak nak mati." Tangisnya makin kuat hinggakan tersedu-sedu.

"Okla..okla. Abu tak mati. Dah, berhenti nangis."

"Saya tak nak mati." Ayat yang sama diulang berkali-kali.

Puas cikgu-cikgu memujuk tetapi tazkirah tetap diteruskan. Setengah jam berlalu. Habis satu masa mengajar. Masa kedua, aku masuk ke kelas.

"La..tak habis nangis lagi?"

"Saya tak nak mati." 

"Iye, Abu tak mati. Dah berhenti nangis. Nak main warna2 tak?"

Mengangguk2. Tapi tangisnya tiba2 kuat kembali. Kawan2 yang lain mengusik.

"Dahla Abu. Orang puasa tak boleh nangis. Nanti batal puasa. Abu puasa kan?"

Mengangguk2. "Saya tak nak mati"

"Iye...Abu tak mati. Dah bangun. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." 5 suara bergabung dengan pelbagai nada tak sekata menjawab salam. Abu yang menangis masih boleh menjawab salam tetapi dengan suara menahan sedu.

"Ok. Duduk. Abu, jangan nangis lagi ye. Pergi basuh muka.

Perlahan-lahan Abu keluar kelas. 5 minit kemudian, dia masuk dan memulakan kerjanya. Mewarna. 

"Matematik ni kacang goreng je cikgu. Pot pet pot pet....."

(nama yang digunakan bukan nama sebenar)

Rasanya baru tadi dia nangis beria-ia. Sebenarnya, bila masuk kelas ni aku nak tanya kenapa dia takut sangat2 bila cakap pasal mati. Tapi tengok dia nangis sampai merah muka tak jadi la. Nak jugak tau apa yang ada dalam kepala dia. Biasala budak autisme, mesti dia fikir luar kotak. Fikir yang kadang kala tak pernah terlintas pun kat otak kita sendiri.

Sebenarnya, ada lagi sorang yang cakap tak nak mati jugak. Ali tak nangis tapi merengek-rengek cakap tak nak mati jugak. Austime jugak. Abu dan Ali ni 1 kelas. Jenuh gak la nak suruh berhenti nangis bila yang 3 orang duk menyakat & yang lagi 2 duk nangis.

Walaupun kelas tu ada 5 orang tapi cabarannya besar. Sabar itu pasti. Kita ni sebenarnya tak de la penyabar sangat. Tapi, dengan mereka ni kita jadi sabar. Betulla kata seorang guru Pendidikan Khas masa lawatan ke sekolah beliau beberapa tahun lepas.

"Saya ni sangat baran. Pantang budak buat salah memang tak kan lepas dari saya. Tapi lepas saya masuk mengajar Pendidikan Khas ni, mereka ni mengajar saya bersabar. Saya sangat bersyukur ditempatkan di sini. Walaupun pada mulanya saya agak keberatan. Sekarang baru saya sedar hikmahnya."

Allah sangat bijak merancang apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita dulu pun masa dapat tawaran ni tak tau apa2 pun pasal wujudnya opsyen ni.

Konon2 terer la dulu nak amek opsyen matematik sebab AddMath dapat A. Sekali kena cakap BI da. Kan dulu PPSMI. Memang tak konfiden langsung. Almaklumlah, kita batch terakhir yang belajar Sains dgn Math dalam BM sebelum PPSMI mula. Nak compete dengan budak yang belajar term Math dalam BI? Tak pela. Ngeee....

Sekarang ni, kita rasa best mengajar Pendidikan Khas. Sangat mengajar kita macam2. Bersyukur, sabar, tanggungjawab dan macam2 la. Dan yang pasti anak-anak tu adalah Penghuni Syurga. Teringat tazkirah oleh ustazah yang sama tapi hari lain. Ustazah tu cakap

"Ha..Kita ni yang cukup akal fikiran, sempurna tubuh badan belum tentu masuk syurga macam mereka ni yang tentunya masuk syurga terus. Penghuni syurga yang tetap." 

Ya Allah, insaf sangat2.

p/s Tak bermaksud jadi cikgu lain tak ada cabarannya, tak ada seronoknya. Ada. Tapi caranya berbeza. =]
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

17.7.12

Senoget

Sejak kebelakangan ni, sibuk2 pasal benda nih lepas tutti frutti la, macaroons la... lagi2 lepas dapat elaun ni. jadi, alang2 dah da kenderaan ni, kita pun pegi la. nak gak merasa. orang dok bercerita macam sedap bebeno.

snogurt ni yogurt cume pelbagai perisa.

 
 Selamat datang. Siap kena bukak kasut kot.

 dapat loyalty kad lagi tu. tapi kita kasik kat kawan kita.

 Pilihan pelbagai perisa. Dalam banyak2 yang kita cuba, semuanya rasa yogurt. Masam tu tetap ada. Cuma berlainan rasa.

 Kitaorg pilih lebih kurang 6 perisa kot. Campo ngan oreo, strawberi ngan marshmallow.

 Tada..1 cawan utk 3 org.habes pon.

 Sambil2 baca mag hijabista edisi 2. Tengok2 fesyen terbaru je.

Oh..itu la mereka yg sentiasa bersabar melayan karenah aku selama 4 tahun ni.ngeee.... 

Secara kesimpulannya, lebih prefer nasik hihi... =] kenyang & kenyang...

bukan pa cuma sy bkn penggemar yogurt.huhu

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

12.5.12

Gudbai

Salam.

Jerawat i makin banyak. Yea yea...suke2. I mmg suka org sume tego  i. I mmg suke sume org tgk i. (mata pndng ke atas)

Tapi alhamdulillah, skg ni dh makin menghilang. Ye, berambos la ko dr hidup aku. Berabis duit kot utk muke je. Seyes, apa yg aku pakai dulu dh selamat kt dlm tong sampah. GUDBAI.

Ingat nk kira harga tiap satu yg aku buang tu. Tapi tengok pn dh tau. Dekat ratus gak r. Muahaha... siap beli teh buang toksin. Skg ni aku rsa badan aku xde toksin dh. Boleh mcm tu? Lain, aku tempek tomato & lemon 1 muka. Pedih kot. Tp aku tahan je. Nak cantik pnye pasal (tgn d bahu). Ko pnh wat? Xde..

Mgkin da yg kata aku MALAS cuci muka ke apa. Ade kot yg ckp dh gatai sgt? Ko hingat kalo kua jerawat tu gatai la? Abeh tu muka licin xgatai? Ko tgk r, jgn nk sengih2 kat aku kalo dahi aku dh licin nnt. Peh, bongkak sungguh. Lalala...~

Sbnrnya, jerawat ni bnyk faktor. Keturunan pn hado hangpa tau dop? Mak i dulu pn umo cm i yg 20an bru da jerawat. Baru nak remaja la katakan. Sbb tu mak i nmpk mude. Nanti i pun cam tu kot (mata bsinar2).

*haish, bila la kulit ni nk kembali mcm dulu.

p/s Sesi lepas geram. Maaf anda kata2 dlm post kali ni agak kasar & boleh buat anda muntah darah...
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

31.3.12

Praktikum Fasa I : Sabar

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah akhirnya saya dapat juga mghabiskan praktikum fasa 1 selama 2 minggu ini. huhu...2 weeks more to go.. sabar2

Rasa macam dah lama gila kat sini. Baru aku paham macam mana bizinye bdk2 praktikum dolu2. Malam pertama before nak praktikum tido dgn lena skali sebab letih kemas barang. Ingatkan xlena tido. Hari pertama seyes macam PBS.hihi

Btw, overall ok la sekolah ni. Cikgu2 sume ramah mesra. Murid2 macam biasa la. Tapi yang kelas pendidikan khas je la yang aku tau. Yang arus perdana i xtau la.

*saya cikgu fatin.

*boleh menyamar ni,ngee...
yang atas skali ayah blanje.
tengah2 kita beli sndiri (alamak,lupe lak bayar kat org yg kita tempah nametag ni,hihi).
last skali tu orang kasik hadiah besday =)

Minggu pertama dh kena start ngaja dah. 10 masa. Mengaja math ngan kemahiran manipulatif. Nampak macam simple. Tapi seyes mencabar. Kena kreatif. Dulu mikro teaching dalam kelas boleh la men2 sebab yang kunun jadi budak2 nye kawan sekelas. Ni da real punya tau.

Hari pertama masuk kelas math, sentap i tau bile budak tu cakap boring. Hari kedua plak dia cakap, 'ala, benda lain la pulak'. Haish,memang la sentap. Mencabar kewibawaan cikgu tau.

Alternatifnye, bila aku tau je dia org ni suke gile ngan angry bird, mula la aku carik gambar2 angry bird. Dulu aku xpandang lgsung benda2 ni. Lagi2 katun2 ni. Sorry la. Tapi, bila dah macam ni, aku dah kenal dah benda2 alah ni. Aku asimilasikan dgn lembaran kerja dgn aktiviti dalam kelas. Baru la diaorg bukak mata. Muahaha... Lepas tu baru aku dgr 'Cikgu Fatin masuk lepas ni kan?' hihi

Ni contoh la, kot2 boleh bagi idea kpd cikgu2. Tapi ni sesuai untuk pendidikan khas, tahun 1 atau pra sekolah je kot. Ubah suai pun ok jugak wat.

*kaler ikut jawapan soklan

*gunting ikut bilangan jawapan soklan. tapi yang ni nangis sket la ink printer sebab print kale.nasib printer yg tabung. jimat sket.

*puzzle. jenuh sket la nak gunting.

*gunting ikut bentuk untuk lekat kat papan tulis ikut bilangan soalan. kunun bahan maujud la.pastu,budak2 bawak balik. ada yang tanggalkan gambar dari kad manila ni.diaorg ingat sticker.hua...

*Dam ular. Kena tegas sket la ngan budak2 sebab ade je yg men ngelat nak menang. hihi

Lepas ni, wa dah tak tau nak wat pe dah.huhu habis idea.

Tambahan untuk bagi diaorg suka, bagi hadiah puding. Kawan kata bagi puding mungkin kurang gula sket dari jeli. Sebab ada murid yang tak leh kena gula sket kang xpasal hiperaktif semacam. Sapa nak jaga? Sepanjang dah bagi kat diaorg puding ni, xdela efek apa2 pun. Jadi, ok kot. Tapi lepas tu ada plak permintaan, 'warna lain xde ke cikgu?', 'bagila banyak sikit cikgu'. Amboih...Paling banyak aku bagi sorang 2 biji je. Mau bankrup kang bagi banyak2.

Hum...harap lagi 2 minggu ni berjalan dgn lancar la. Observe pun harap2 budak2 xmeragam. Lebih2 lagi yang final observe. Doakan saye ye. =]
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

4.2.12

Jog

jog pagi td. ptg pun jog. ya, kta xtau dh nak wat pe dlm bilik. tp pagi td bawak kamera sama. kunun nk tangkap gambo maktab yg cantik ni. hihi btw,tima kasih kpd ayah krn sudi meminjamkan kamera yang bru dibelinya kerana kta. sobs sobs...tima kasih ayah.





ni je yg kta dpt upload.saje nk tunjuk maktab kta.hihi

p/s esk nak jog ke x ek?hum...
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

2.2.12

Simple Chord Lenggang Kangkung

Disebabkan ada orang nak sangat kitaorg ni tau men alat muzik, jadi kta recall balik zaman pancaragam dulu. Bawak lagu simple2. Chord dah lupa tapi dah buat balik bdasarkan kesedapan telinga ini menerima bunyinya. Rasa macam dah perfect. hihi Apapun, lagu ni paling kta ingat dari semua lagu pancaragam dulu2. Ok wat. Rasa cam genius plak. Haha...

Lirik ni kta sebat ntah dari mana. Biasanya orang nyanyi 'Balik dari menyabung, makanlah nasi sahaja'. Sekali sekala kita tukar la jugak kan. Hum...ni kta men guna virtual piano je. Download kt tenet free. Tak tau plak kalo men gitar guna kod ni boleh pakai ke x. Kta x pandai men gitar.

*klik gamba tuk tumbesaran

Bagi mereka2 yang baru nak berjinak2 dengan tekan benda alah tu, boleh try lagu ni. Skrg ni tgh mengexpertkan diri membaca note yang mcm toge tu. Lagaknya mcm budak baru nak kenal a,b,c.

oh ye, overall ni guna key yg tengah2. kirenya middle c la. baru sedap sket bunyinya.

p/s lps ni kta upload chord utk anaklah ayam...tunggu~
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.1.12

Jumpa lagi!

Mulai isnin nnti, rumate saya dh tukar org.huaaa... jd, sebelum cuti ni kita buatlah advance besday party kat dy. sebab pasni konfom dh x jumpa 3 bulan. akceli dia salu ckp, 'pizza, kepci, mecdi!' kita yang tengah x da elaun ni memendam rasa je la. last2 dapat je elaun yang memang sebelum cuti, kita pun ajak dia g makan. dia yang pilih. makan pizza fortune! sedap, udang dia besa2.

ni gamba lama masa dia belanja kita takoyaki. fes time makan takoyaki udang jugak!

ni la pizza fortune. harap pizza ni jadi kenangan kita hari terakhir jd rumate.


p/s boleh bca dgn lebih lanjut kat ilovepanda ni. dy buat entri ni lepas balik dr makan pizza...hua...sedih! xleh nak tulis
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

15.1.12

Istighfar

Sudah menjadi lumrah manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa.

sumber : psipum

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Falsafah 5 jari

Klik gambar utk tumbesaran

p/s sumber ilham psipum

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~