7.8.11

2Novel


Nak cerita pasal dua buku yang kita beli minggu lepas. Dua2 buku ni sebenarnya sebuah diari kehidupan. Maksudnya, macam kisah hiduplah. Sekali sekala baca kisah hidup orang lain best jugak. Pengalaman yang dia ada tak serupa macam kita.

Buku pertama, Chef. Hum...mungkin penulisnya seorang chef jadi susunan ceritanya tak berapa menarik. Cerita dah bagus cuma, kalau banyakkan dialog lagi best kot. Cerita tentang chef hanya bermula selepas muka surat 100. Bayangkan, hati kita yang meronta2 nak tau pasal kehidupan seorang chef ni penat nak tunggu tau. Tapi, kesimpulannya oklah. Banyak tau tentang resepi2 yang diberitahu secara langsung dalam buku ni. Cara nak buat mayonis. Senang rupanya.

Buku kedua, Dari Kepala Batas ke New Haven. Kali ni penulisnya ialah orang lain yang ditugaskan menulis tentang kehidupan seorang pakar motivasi dari kecik sampai besar. Lebih menarik sebab banyak tragedi yang berlaku & cerita macam mana seorang kanak2 yang melihat hidup keluarganya yang susah. Dia banyak menceritakan sikap masyarakat kita yang ehem2 tu. Maksud kita, bila susah tinggal2kan, bila senang dekat2lah. Sedih tau. Cerita dia ditambah dengan kehidupan dia di negara orang dengan hanya berbekalkan USD600. Dia sengaja bawa duit sesikit itu kerana nak mengajar diri untuk susah di negara orang. Asyik senang je, cepat lupa diri nanti.

Itu je kot secara ringkasnya. Baru lepas habis baca novel ni sebenarnya. Rasa teruja pulak nak carik novel lain yang macam ni. Masih tercarik2 novel tentang kisah doktor. Ada baca review dia dekat blog senior. Carik2 tak jumpa lagi....huhuhu
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

2 comments:

cryclown said...

hehehe.. kisah benar..

Mihevoli said...

kta suka buku bdsrkan kisah benar.hihi