24.10.11

REMAJA-lah sangat

Tak de angin, xde ribut. Tiba2 duk mengemas bilik. Tensen tengok bilik berhabuk. Al maklumlah 2 bulan sekali baru balik. Kemas mana pun habuk mesti seinci. Paling tak tahan tak tahu nak campak mana majalah lama-lama dulu. Tau tak majalah apa? REMAJA lah... Dulu kan i remaja lagi. Sekarang ni, akhir remaja. Ngaku jela kalau umur dah 20-an tu. Hum...

Kira punya kira, ada 70 buah majalah. Contohnya dalam gambar kat bawah ni. Kertas nya bukan calang2 tau. Bukan macam kertas sotkabar yg nipis tu. Gila berat kot.

*kalau jual rasanya ada ke orang nak amek?


Selepas memikirkan dengan penuh serius, akhirnya letak jugak kat beg AF ni. Beg ni pun dah lama. Muat2 je semua majalah ni. Kononnya, kalau letak kat dalam beg ni, senanglah nak simpan mana2 sebab ada roda. Dah siap zip pe semua, sebelah roda rupnya xda. Pergh... alang2 menyeluk pekasam. Memang tolak guna kaki la. Nak guna tangan, serius tak bergerak langsung. Bayangkan betapa beratnya. Nasib abg belum balik puchong. Dengan suara yang penuh kelembutan, aku pun mintak tolong. Ala, biasalah kan kalau nak mintak tolong. Dah angkat tu. Satu2nya roda tu plak pecah. Penangan kau lah REMAJA. Sekali lagi mintak tolong abang tolak bawah katil. Nasib aku kemas hari ni, kalau esok, menangkatlah aku sorang2.

*kalau jual ni....hum...$$$

Tak tahu la knp aku saje nak jadikan ini isu utk entri ni. Dah tak de menda nak cite kot. Dengar je lah ye. Penat gak lah kemas bilik yang sekangkang kera ni. Dengan panasnya. Mengangkat almari kayu. Ber-musle plak rasa. Muahaha...

Tak naklah tunjuk gambar bilik. Sebab bilik i cantik sgt. Nanti u ol jeles. =P

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

7 comments:

Rapunzel Rambut Pendek said...

Wink2...

Mihevoli said...

wink2~

Kacang Pool said...

Whoa, peminat tegar Majalah Remaja! haha ;)

cryclown said...

jualla 1 singgit..bak kata mail..:)

Mihevoli said...

k pool;tu zaman dolu2..huhu

cryclown;mail boleh la jual 1 singgit..hehe

Nur Affini said...

kite pun baru kemas bilik. kite balik ipoh hari tu :)) kalau majalah tu kite jual balik. *RM RM :))

Mihevoli said...

pinot, kacing! $$