31.3.12

Praktikum Fasa I : Sabar

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah akhirnya saya dapat juga mghabiskan praktikum fasa 1 selama 2 minggu ini. huhu...2 weeks more to go.. sabar2

Rasa macam dah lama gila kat sini. Baru aku paham macam mana bizinye bdk2 praktikum dolu2. Malam pertama before nak praktikum tido dgn lena skali sebab letih kemas barang. Ingatkan xlena tido. Hari pertama seyes macam PBS.hihi

Btw, overall ok la sekolah ni. Cikgu2 sume ramah mesra. Murid2 macam biasa la. Tapi yang kelas pendidikan khas je la yang aku tau. Yang arus perdana i xtau la.

*saya cikgu fatin.

*boleh menyamar ni,ngee...
yang atas skali ayah blanje.
tengah2 kita beli sndiri (alamak,lupe lak bayar kat org yg kita tempah nametag ni,hihi).
last skali tu orang kasik hadiah besday =)

Minggu pertama dh kena start ngaja dah. 10 masa. Mengaja math ngan kemahiran manipulatif. Nampak macam simple. Tapi seyes mencabar. Kena kreatif. Dulu mikro teaching dalam kelas boleh la men2 sebab yang kunun jadi budak2 nye kawan sekelas. Ni da real punya tau.

Hari pertama masuk kelas math, sentap i tau bile budak tu cakap boring. Hari kedua plak dia cakap, 'ala, benda lain la pulak'. Haish,memang la sentap. Mencabar kewibawaan cikgu tau.

Alternatifnye, bila aku tau je dia org ni suke gile ngan angry bird, mula la aku carik gambar2 angry bird. Dulu aku xpandang lgsung benda2 ni. Lagi2 katun2 ni. Sorry la. Tapi, bila dah macam ni, aku dah kenal dah benda2 alah ni. Aku asimilasikan dgn lembaran kerja dgn aktiviti dalam kelas. Baru la diaorg bukak mata. Muahaha... Lepas tu baru aku dgr 'Cikgu Fatin masuk lepas ni kan?' hihi

Ni contoh la, kot2 boleh bagi idea kpd cikgu2. Tapi ni sesuai untuk pendidikan khas, tahun 1 atau pra sekolah je kot. Ubah suai pun ok jugak wat.

*kaler ikut jawapan soklan

*gunting ikut bilangan jawapan soklan. tapi yang ni nangis sket la ink printer sebab print kale.nasib printer yg tabung. jimat sket.

*puzzle. jenuh sket la nak gunting.

*gunting ikut bentuk untuk lekat kat papan tulis ikut bilangan soalan. kunun bahan maujud la.pastu,budak2 bawak balik. ada yang tanggalkan gambar dari kad manila ni.diaorg ingat sticker.hua...

*Dam ular. Kena tegas sket la ngan budak2 sebab ade je yg men ngelat nak menang. hihi

Lepas ni, wa dah tak tau nak wat pe dah.huhu habis idea.

Tambahan untuk bagi diaorg suka, bagi hadiah puding. Kawan kata bagi puding mungkin kurang gula sket dari jeli. Sebab ada murid yang tak leh kena gula sket kang xpasal hiperaktif semacam. Sapa nak jaga? Sepanjang dah bagi kat diaorg puding ni, xdela efek apa2 pun. Jadi, ok kot. Tapi lepas tu ada plak permintaan, 'warna lain xde ke cikgu?', 'bagila banyak sikit cikgu'. Amboih...Paling banyak aku bagi sorang 2 biji je. Mau bankrup kang bagi banyak2.

Hum...harap lagi 2 minggu ni berjalan dgn lancar la. Observe pun harap2 budak2 xmeragam. Lebih2 lagi yang final observe. Doakan saye ye. =]
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

8 comments:

NIA said...

wahhh kreatif gila guna angry birds~!hehe boleh apply nih.hmm kalau nak cuba mybe boleh cari songs/video utk tarik phatian dorg.tp kena tgok facilities pulak.btw goodluck~!

Mihevoli said...

k zati, boleh je.hihi yg penting budak2 tu minat.gud luck jgk tuk akak!

Rapunzel Rambut Pendek said...

gud luck..
Sori.. Daa bertahun lamanya br nk wish kn... Heheheh

Mihevoli said...

rrp; xpe.tengs ye.hihi dh habis dh pn.harap dpt wat yg lebih baik utk sem depan. =]

Dylla Desa said...

fatin... same la lembaran kerja kita. pakai angry bird budak suke teros

Mihevoli said...

kan...sng sket kontrol diaorg.hihi

Nur Affini said...

amin. lepas ni praktikum 2 bulan pula. gd luck :)

Mihevoli said...

finiey; 2 bulan lamanye...huhu