4.8.12

Praktikum Fasa II : Keranamu Tazkirah Ramadhan

"Nanti bila ditiup sangkakala kali pertama, semua hidupan dan makhluk yang ada di dunia ni akan mati." Ustazah yang bertugas menyampaikan tazkirahnya.

Tiba-tiba kedengaran suara kecil."Saya tak nak mati."

"Bukan sekarang. Bila hari akhirat nanti" Ustazah menerangkan.

"Saya tak nak mati" sambil tutup mata dengan tangan. Terhinjut-hinjut bahunya.

"Bila akhirat nanti semua akan mati. Cikgu, mak, ayah, kakak semua akan mati. Takkan nak hidup sorang2?"

"Saya tak nak mati. Saya tak nak mati. Saya tak nak mati." Tangisnya makin kuat hinggakan tersedu-sedu.

"Okla..okla. Abu tak mati. Dah, berhenti nangis."

"Saya tak nak mati." Ayat yang sama diulang berkali-kali.

Puas cikgu-cikgu memujuk tetapi tazkirah tetap diteruskan. Setengah jam berlalu. Habis satu masa mengajar. Masa kedua, aku masuk ke kelas.

"La..tak habis nangis lagi?"

"Saya tak nak mati." 

"Iye, Abu tak mati. Dah berhenti nangis. Nak main warna2 tak?"

Mengangguk2. Tapi tangisnya tiba2 kuat kembali. Kawan2 yang lain mengusik.

"Dahla Abu. Orang puasa tak boleh nangis. Nanti batal puasa. Abu puasa kan?"

Mengangguk2. "Saya tak nak mati"

"Iye...Abu tak mati. Dah bangun. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." 5 suara bergabung dengan pelbagai nada tak sekata menjawab salam. Abu yang menangis masih boleh menjawab salam tetapi dengan suara menahan sedu.

"Ok. Duduk. Abu, jangan nangis lagi ye. Pergi basuh muka.

Perlahan-lahan Abu keluar kelas. 5 minit kemudian, dia masuk dan memulakan kerjanya. Mewarna. 

"Matematik ni kacang goreng je cikgu. Pot pet pot pet....."

(nama yang digunakan bukan nama sebenar)

Rasanya baru tadi dia nangis beria-ia. Sebenarnya, bila masuk kelas ni aku nak tanya kenapa dia takut sangat2 bila cakap pasal mati. Tapi tengok dia nangis sampai merah muka tak jadi la. Nak jugak tau apa yang ada dalam kepala dia. Biasala budak autisme, mesti dia fikir luar kotak. Fikir yang kadang kala tak pernah terlintas pun kat otak kita sendiri.

Sebenarnya, ada lagi sorang yang cakap tak nak mati jugak. Ali tak nangis tapi merengek-rengek cakap tak nak mati jugak. Austime jugak. Abu dan Ali ni 1 kelas. Jenuh gak la nak suruh berhenti nangis bila yang 3 orang duk menyakat & yang lagi 2 duk nangis.

Walaupun kelas tu ada 5 orang tapi cabarannya besar. Sabar itu pasti. Kita ni sebenarnya tak de la penyabar sangat. Tapi, dengan mereka ni kita jadi sabar. Betulla kata seorang guru Pendidikan Khas masa lawatan ke sekolah beliau beberapa tahun lepas.

"Saya ni sangat baran. Pantang budak buat salah memang tak kan lepas dari saya. Tapi lepas saya masuk mengajar Pendidikan Khas ni, mereka ni mengajar saya bersabar. Saya sangat bersyukur ditempatkan di sini. Walaupun pada mulanya saya agak keberatan. Sekarang baru saya sedar hikmahnya."

Allah sangat bijak merancang apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita dulu pun masa dapat tawaran ni tak tau apa2 pun pasal wujudnya opsyen ni.

Konon2 terer la dulu nak amek opsyen matematik sebab AddMath dapat A. Sekali kena cakap BI da. Kan dulu PPSMI. Memang tak konfiden langsung. Almaklumlah, kita batch terakhir yang belajar Sains dgn Math dalam BM sebelum PPSMI mula. Nak compete dengan budak yang belajar term Math dalam BI? Tak pela. Ngeee....

Sekarang ni, kita rasa best mengajar Pendidikan Khas. Sangat mengajar kita macam2. Bersyukur, sabar, tanggungjawab dan macam2 la. Dan yang pasti anak-anak tu adalah Penghuni Syurga. Teringat tazkirah oleh ustazah yang sama tapi hari lain. Ustazah tu cakap

"Ha..Kita ni yang cukup akal fikiran, sempurna tubuh badan belum tentu masuk syurga macam mereka ni yang tentunya masuk syurga terus. Penghuni syurga yang tetap." 

Ya Allah, insaf sangat2.

p/s Tak bermaksud jadi cikgu lain tak ada cabarannya, tak ada seronoknya. Ada. Tapi caranya berbeza. =]
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

3 comments:

cryclown said...

mesti abu tu ensem:)

Anonymous said...

jd guru pemulihan pun bole thn susah.. Plak2 ajar bdk linus tegar... Kkdang jd x saba gak.. Pukul je.. Kah3

David

Mihevoli said...

cryclown; acane tau?huhu

anon; ish3 garangnye cikgu ni..hihi =P