8.4.11

Kerabunan

Kita memang pemakai spek mata. Jadi, ngapa nak bagitau orang? Eh, sukahatilah. Saja, melepaskan gian nak tulis entri baru dalam blog. Al maklumlah dah lama gila2 tak sentuh blog kerana keBZan bebrapa minggu nih. Kita memang suka BZ2 nih. (tangan di bahu, mata pandang ke atas). Ditambah lagi dengan wifi maktab yang tiba2 laju malam nih.

Sebenarnya saja nak cerita, kita mula pakai spek nih masa tingkatan 3 tapi masa nak belaja je. Tak suka pakai sentiasa sebab masih boleh nampak. Dulu degree spek kira2 150. Spek yang kita guna frame penuh. Sekarang nih 300 dah. Hua........

Dulu ayah salu marah sebab kita suka tengok tv dekat2. Kononnya nak rasa macam tengok kat panggung wayanglah sebab nampak besar sikit skrin tu. Tapi...kita ni degil. Masih jugak tengok dekat2. Lagi satu, dulu2 kan masa kita remaja2 (uhuk2..) suka baca novel. Baca tu plak sambil baring. Hum, memanglah 'menyihatkan' mata. Sekarang ni, dah tak baca novel2 macam tu kecuali Ramlee Awang Murshid punya sebab rasa macam klise je cerita dia. Orang kaya dan orang miskin. Noktah.

Bila kat matrik pulak terpaksa pakai secara PERMANENT. Sebab? kuliah kat dewan jadi jauh lah skrinnya. Mula dari tu memang pakai spek. Tapi dek kerana ada insiden menyebabkan cermin mata terpaksa ditukar. 2 kali tau dalam masa 1 tahun sebab patah. Yelah, kita yang lemah-lembut ni baru berjinak2 dengan spek yang tak ada frame. Ha, hambek ko.Dah lah masa tu elaun kalau tak silap satu semester dapat RM1000. Apa lagi, makkkk.....
*kenangan bersama spek xde frame..hu2

Bila masuk maktab pulak, dari awal memang semua orang tengok kita pakai spek tu sehingga satu insiden berlaku semasa PJ. Ah, malas nak cerita. Kalau nak tahu, tengok entri lama2, ada lagi kot pasal tu. Sedih2. Nasib baik masa spek tu patah kita memang guna contact lense. Jadi mula hari tu, terpaksalah pakai contact lense memanjang sebelum beli spek yang baru.
*bila pakai contact lense.dolu2

Mulut kata masa tu, 'Tak yah lah beli spek buat masa ni. Pakai contact lense dulu' sebabnya? masa tu tengah hujung2 semester, paham2lah ye. Tapi tak sampai seminggu rasanya, beli spek baru. Bukan apa, lecehla pakai contact lense nih. Memanglah selesa tapi.... ish...banyak faktor. Sebab2nya sekarang ni kita dah tak beli contact lense:

1. Mata kita nih ada urat yang memang nampak, sekalipun dari jauh. Tambah2 kat bawah panas, memang orang tegur 'Ko macam kena tumbuk je', Bayangkan, urat yang biru kat bawah mata timbul. Memang sebijik macam lebam. Kalau pakai spek, frame tu kira coverlah urat tu. Pernah tanya dekat mak ngapa jadi macam tu. Mak kata dulu kita kuat nangis. Hahaaha... No komen.

2. Kadang2 terlupa tengah pakai contact lense. Bahaya tau. Kalau2 kita tertido dengan contact lense, boleh jadi esok pagi mata merah. Tak mau! Sebab dulu penah tengok kawan yang tertidur dengan contact lense. Takot tau. Memang zaman sekarang ni ada contact lense yang tak payah bukak2 tapi kita tak mampu nak beli. hu3

3. Tak boleh pakai lama2. Mesti rasa macam kering. Mula2 ok. Tapi kalau terlebih 6 jam, memang rasa kering. Tapi kita memang guna pelembab mata tu. Tapi, tak sukala. Tak selesa. Lagi2 kalau jalan2 window-shopping sabtu ahad. Mana cukup kalau nak jalan 6 jam je. Paling2 pun 10 jam. Pergi jam 11 pagi balik jam 8 malam. Standard lah tu bagi kitaorang yang guna PENGANGKUTAN AWAM nih. Lainlah kalau ada keter. Zup je dah sampai CS.

Contact lense ni pun kena jaga betul2. Buat masa nih kita dah pakai 3 jenis warna. Pertama sekali warna coklat, kelabu dan latest hitam. Semua kita suka. Memanglah bila kita sebut warna tu macam nampak menyerlah gila2 kalau kita guna tapi sebenarnya tak, sebab anak mata kita warna gelap jadi warna kat contact lense tu tak menyumbang sangat pun. Lagi pun, kaler yang kita ambik tu tak secerah mana. Nak tunjuk gambar tapi entah di mana letaknya. Biarlah. Tapi kita suka warna coklat yang mula2 sekali kita pakai. Entahlah ngape.

Ok, sambung cerita, last2 kita pun beli lah spek yang half frame. Sebab menurut mereka2 yang kita paksa beri pendapat, kata kita pelik kalau pakai full frame. Mungkin diaorang dah terbiasa tengok kita pakai yang tak de frame. Sejak tu kita memang berhati2 bila pakai spek. Nasib sem ni PJ belajar kat dewan. Kalau tak kenalah bajet 2011 dibahagikan kepada contact lense. Tak sanggup nak pakai spek bila PJ.


*half frame yang bwarna ungu
(abaikan jerawat comel d muka saya.tengs.)


Bagi kita yang lebih selesa ialah bila... tak pakai cermin mata & contact lense. Jadi, buat mereka yang rasa cam fashionable bila pakai spek / contact lense tu fikir2lah banyak kali. Kalau nak guna, janganlah guna yang ada degree walaupun sikit. Serius, pakai spek merimaskan tapi sebab kita dah terbiasa jadi dah tak kisah.

p/s wah....entri paling panjang pernah kita tulis....kot. Tahniah Fatin! & juga tahniah kepada mereka yang berjaya membaca entri ni sampai habis tanpa merasa bosan. (ehem3...) tengs!

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

3 comments:

mira mir said...

jom lens merah! hehe ;P

Yumna Khazali said...

like2..kite yg pakai spek je tau kn rasa bile pakai spek..haha

Fatin said...

mira; jom! hu3

kak yumna; kan3? kita2 je yg tahu..