17.9.11

PBS IV : SK Sg Buloh

Ya, pbs terakhir. Pas ni praktikum dh. Nevesnye...

PBS kali ni wt kat sekolah kita masa kecik2 dulu. Harapan nk tengok suasana ngan jumpa cikgu2 lama. Suasana sangat berbeza sebab dulu rasanya sekolah ni sgt penuh. Ramai student tapi sekarang ni tak ramai macam dulu. Sebab dh da bukak sekolah baru. Cikgu2 lama ada 2 orang tapi tu pun nk pindah bulan 10 nanti sebab kan seorang guru yg dh berkhdmat d sekolah yang sama lebih 10 tahun kena tukar. Dulu cikgu tu garang kot, tapi masa jumpa hari tu siap ketawa2 lagi. Cepatnya masa berlalu, dh dewasa rupanya aku(tangan di bahu).
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Bahasa Jiwa Bangsa

Dok shopping kuih raya tiba2 ternampak perkataan ni. Hum...rasanya dia dah keliru tu. Macam mana ni, org negara sendiri pun tak tau bahasa sendiri dengan betul.

*sedaya upya edit post...tinggal pendek ni je.

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

BBQ

Raya ke5 (sabtu) da wt bbq kt umah. Sebab da yg teringin nk mkn bbq lepas tengok abg kita salu wt bbq ngan kawan2 dia kt umah. Jadi, sehari sebelum kita balik JB sempatlah buat. Ramai gak yg dtg. Jadi, kira open house lah tp utk sedare2 yg terdekat. Len kali kita wt open house kita jemput semua k. InsyaAllah...

Nampak je ayam besa gedabak tu tp serius sedap. Tak de bhgian yg tak masak. Tukang kipas nye org2 kat rumah je lah. Kecuali abg kita yg ber'open house' kat ipoh. Janji nk tolong.

Jadi, memang agak penat r. Sebab sape lagi nk tolong kalau tak kita sendiri. Kalau bab basuh pinggan memang sayalah calon paling atas. Tak ada org lain dah. Dari pagi sampai malam kot. Dapur kat umah tu terpaksa berehat hari ahad sebab hari sabtu tu dok masak je.

Orang kuat nya semestinya ayah & mak kita. Entah brapa kali ayah ngulang g kedai. Mak pulak dh exercise brapa puluh km walaupun jalan kat dapur je. Mak cakap 'Tahun depan kalau nk wat, panggil catering'. Muahaha...saya setuju!
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

7.8.11

2Novel


Nak cerita pasal dua buku yang kita beli minggu lepas. Dua2 buku ni sebenarnya sebuah diari kehidupan. Maksudnya, macam kisah hiduplah. Sekali sekala baca kisah hidup orang lain best jugak. Pengalaman yang dia ada tak serupa macam kita.

Buku pertama, Chef. Hum...mungkin penulisnya seorang chef jadi susunan ceritanya tak berapa menarik. Cerita dah bagus cuma, kalau banyakkan dialog lagi best kot. Cerita tentang chef hanya bermula selepas muka surat 100. Bayangkan, hati kita yang meronta2 nak tau pasal kehidupan seorang chef ni penat nak tunggu tau. Tapi, kesimpulannya oklah. Banyak tau tentang resepi2 yang diberitahu secara langsung dalam buku ni. Cara nak buat mayonis. Senang rupanya.

Buku kedua, Dari Kepala Batas ke New Haven. Kali ni penulisnya ialah orang lain yang ditugaskan menulis tentang kehidupan seorang pakar motivasi dari kecik sampai besar. Lebih menarik sebab banyak tragedi yang berlaku & cerita macam mana seorang kanak2 yang melihat hidup keluarganya yang susah. Dia banyak menceritakan sikap masyarakat kita yang ehem2 tu. Maksud kita, bila susah tinggal2kan, bila senang dekat2lah. Sedih tau. Cerita dia ditambah dengan kehidupan dia di negara orang dengan hanya berbekalkan USD600. Dia sengaja bawa duit sesikit itu kerana nak mengajar diri untuk susah di negara orang. Asyik senang je, cepat lupa diri nanti.

Itu je kot secara ringkasnya. Baru lepas habis baca novel ni sebenarnya. Rasa teruja pulak nak carik novel lain yang macam ni. Masih tercarik2 novel tentang kisah doktor. Ada baca review dia dekat blog senior. Carik2 tak jumpa lagi....huhuhu
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

3.8.11

Random


masa cuti 3 hari tu, kita pinjam tv k.pija sebab yela kalo sorang2 xde menda nak wat boleh gak lah layan drama2 kat tv. tp masih xlayan hindustan. hahaha... sgt bsyukur sebab dpt pinjam. kalau x, meringkuk je la kat katil tu. tengs k pija! niat d hati nak beli jugak cm ni memandangkan tv blok kena songlap baru2 ni. tapi bila pikir2 balik, "fatin, ko kata nak beli laptop"
FINE!

Ni malam sabtu. petang tu dh telan megi sebab malas nak kuar beli makan. tunggu malam la. sebab diaorang kata pergi majlis penyampaian hadiah sastera darul ta'zim dapat makan. dalam kepala asek tbayang nasik...oh nasik... tp xdapat jugak makan nasik sebab orang lain dh sebat dulu. licin kot nasik. xpelah. makan bihun je. adik beradiklah ngan megi. tapi dapat makan ayam. tapi, tensen tul makan cenggini. kena sopan2 gitu. macam2 ada lagi. sebat gak lah. tapau dalam perut untuk esoknya. haha...
KALAULAH BOLEH TAPAU...

nampak apa2 yang pelik? ya, tepat sekali. akceli ni je yang tercabut tapi da banyak lagi yang menunggu. al maklumlah selepas tragedi terjatuh atas simen 2 tahun lepas tu efeknya baru rasa skg.. keyboard dh xleh nak tekan huruf2 tertentu. terpaksalah carik alternatif lain. tapi yang lain2 ok lagi. kira xde lah seuzur mana. tapi, hati ini meronta2 nak beli laptop baru. notebook ni asalnya ayah yang punya beli tahun 2005. tahan gila smpai skg. cuma tu la, kecuaian anaknya. ni sampai macam ni, senyap2 je.
SIMPAN DUIT. *CARIK DUIT*

comel x bunga ni? kita jmpa kat hutan bandar. nak je bawak pokok dia balik bilik.hehe2 bunga ni ada bau. wangi. tertanya2, apakah jenis pokok bunga ini? adakah hanya tdapat di hutan? jawab la kita sorang2 sendiri.


NI adik last, yang suka lepaking bilik kita sambil baca katun yang berkurun lamanya itu tanpa jemu. macam penin je. alangkah baiknya jika buku itu buku matematik.
*imagine2*

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.7.11

Alasan ko PESBUK?

ko ingat 24 jam aku dok ngadap PESBUK?

p/s watak tak ada kene mengena dengan sape2.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

24.7.11

Makan je



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Jerawat



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

19.7.11

Teluk Ramunia

14-16 Julai : BIG kat Teluk Ramunia, Johor. Banyak nak cerita. Untuk entri akan datang la ye. Gambar belum ambik dari mereka2. Al maklumlah, asal ada kamera je, menyelit sana sini. Lepas tu tak tahu pun kamera sapa. hehe...

Feveret picture!

p/s ce teke kita yang mana satu?

klu : yang pelik dari yang lain

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~