2.8.10

Mereka istimewa

Lawatan ke SK Ismail Satu, Muar (sekolah integrasi) memang sangat bermanfaat (ecece...kunun mcm ayat dlm laporan). Ketibaan kitaorg disambut dengan tarian kuda kepang dengan meriah walaupun kitaorg lambat setengah jam. Bayangkan di bawah panas pagi jam 10 tu budak2 ni buat tarian kuda kepang x pkai selipar. Panas kot. Masa tu dah terharu sgt2. Lepas tarian tu, kitaorg lalu dekat tengah2 dua barisan diaorang. Macam VIP. Siap tabur bunga rampai. Masuk je dewan, diaorang main gamelan. Wow.. Aku sndiri pn xpndai main.

Dalam dewan, diaorg buat persembahan Tarian Joget Kasih Tak Sudah dengan Tarian Baila Chinna Maamiye (tarian india). Sekali pandang mmg xkan sangka diaorang ni pelajar pendidikan khas. Kitaorang pn buat psmbhn gak, Aci-aci Bukak Pintu. Hahaha...kelakar giler. Xmo citer.

Masa jamuan makan, ada sesi karaoke. Diaorang xda segan2 menyanyi. Memang tabik la sbb diaorg berani. Karaoke ni mcm latihan jugak la sebab diaorang menyanyi sambil membaca. Lagu tu lagu2 yang tengah popular skg (Wali Band - Yank). Walaupun ada silap sikit itu dh kira bagus. Memang bagus.

Lepas jamuan, ada lawatan ke bilik kemahiran. Kat dalam bilik masak, diaorang buat kuih. Sedap kot + senang giler. Budak2 ni buat sndiri. Aku pn belaja jugak dari sorang budak autisme kot (xberapa pasti). Tanya sepatah, jawab sepatah. Aku buat tu pn dengan seorang budak sindrom down. Mula2 budak tu baring atas lantai tgk je kwn2 dia buat. Aku ajak dia buat. Tersenyum2 dia dapat buat. Pastu lawatan kat bilik kraftangan. Ha...yang ni memang aku kagum. Diaorang buat keychain manik, tempat letak pensil guna kulit telur (cantik....), lapik kaki yang depan pintu (yang ni memang cntik...xsgka diaorg buat), mengait (aku pn xpndai nk buat.. :P). Last sekali lawatan ke bilik2 khas diaorang. Diaorang buat live band. Lagu xsmpai habis sebab diaorang baru belajar. Tapi besh2... Bilik gym diaorang cntik + besar. Masa nak balik, diaorang sumer melambai sampai bas hilang dari pandangan.

Walaupun sekejap tapi pengalaman ni mmg xdpt nk beli. Sekali pandang ada diantara mereka yang secara fizikal mmg xnmpk langsung kecacatan + jangan sangka diaorang xtau apa2. Tak tahu, yang diaorang ni lagi kreatif, lagi hebat dari diri kita.

*Xdpt nk upload gmbr sbb gmbr yang diambil hanya untuk pembelajaran sahaja. harap maklum.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

3 comments:

Rapunzel Rambut Pendek said...

huhu
pnglmn berhrga tu..

cryclown said...

owh..keistimewaan tuk diorg satu kcemburuan tuk kita...:)

Mihevoli said...

rrp : mmg bharga..huhu

cryclown : ha..betul tu... *suke ayat tuh*