Sinopsis sket : Laura berpindah ke rumah baru yang dulunya merupakan rumah anak2 yatim. Rumah anak yatim tu pernah dihuni oleh 6 orang kanak2 termasuk Laura. Jadi, bila dia dah besar ni dia nak beli rumah tu untuk buat kembali rumah tu sebagai rumah untuk kanak2 kurang upaya bersama suami & seorang anak angkatnya, Simon. Simon ni pulak HIV positive & ada imaginary friends. Mak & ayah dia layankan saja bila Simon cerita pasal 'kawan' dia tu. Bila hari majlis pembukaan, Simon ajak Laura pergi rumah kecil 'kawan' dia tapi Laura tolak. Simon marah & menghilangkan diri. Lepas tu, drama cerita ni pun mulalah...
Antara sebab2 kenapa tak rugi kalau download cerita ni:
1. Prolog cerita yang ringkas.
2. 'Opening credit' yang sangat kreatif; gambar tangan anak2 yatim mengoyak wallpaper dinding yang lama.
3. Soundtrack memang sesuai dengan situasi; muzik sahaja dah buat rasa seram padahal tak ada apa pun.
4. Keseraman cerita bermula dari awal sampai akhir; tak akan rasa bosan sampai kena skip2 part tertentu.
5. Tak ada scene seram murahan/klise.
6. Rasa seram & sedih; ala2 touching ending. Unpredictable.
p/s : Sekali2 tukar angin tengok cerita Spain pun best gak, tak adalah asyik2 cerita 'saranghae'. Hih3
No comments:
Post a Comment