12.3.11

PBS III

kali ke 3 pergi pbs. pbs kali ni buat dekat sk bukit raya, kajang. asignment tumpu pada pj tapi banyak masa dekat pkhas. sebab, kita suka. hi3

hari pertama lepak-ing. cuma tengok2 persekitaran sekolah. tahu siapa guru besar, gpk etc.

hari kedua sampai hari jumaat, masuk kelas. kenal budak2 pkhas. dari jam 7.30 hingga 1.00. dari tak de menda nak buat baik masuk kelas. semuanya ada 14 kelas dan 90 lebih orang murid. wow..angka yang besar. biasalah, bandar. pengalaman? huish...tok sah citer la. banyak sangat. nak cerita satu2 pun rasanya tak best dah. kalau rasa sendiri baru best.

kena pukul, kena cubit, kena tampar, kene tendang, kena cium semua ada. rasalah kalau kena dengan budak2 yang sedap je badan dia. dia genggam tangan kita pun rasa macam nak patah tulang.

ada yang malu teramat sangat sampai nak jalan ke kantin kena pimpin dengan cikgu sebab dia tutup muka dia. sampai macam tu sekali. kalau kita tak pergi sekolah ni rasanya tak jumpa macam ni.

kalau kita tanya apa2 soalan, budak tak jawab itu perkara biasa. kadang2 budak tu jawab tapi satu benda pun kita tak faham. jadi, lebih kurang macam kalau kita tanya, kita jawab sendiri.

ada pulak budak yang tanya;
'cikgu tau tak saya ni bukan budak normal?' muka dia mula sedih. tak seperti sebelum ni yang sengih memanjang.
kita terdiam sekejap. 'kenapa pulak dengan budak tak normal? kamu kan ada hidung, mata, telinga. sama je kan macam mereka.'
'mak saya kata saya autisme'
'jadi, kenapa dengan autisme? autisme tu apa?' kita saja je tanya dia.
......
'autisme tu apa?' kita tanya lagi.
'macam albert einstein. mereka, mencipta.'
'ha....baguslah tu. bukannya tak bagus. kamu suka mencipta tak?'
angguk kepala.
'cipta apa?'
..... 'cipta mesin masa'
hahahaha.... kawan2 dia ketawa.
'kenapa ketawa? tak boleh ke cipta mesin masa?' kita tanya pada kawan2 dia.
'mana ada mesin masa. cikgu, cikgu tak pening ke dengar dia cakap?'
.....

hum....banyak lagi cerita tapi, rasanya cukup takat ni je. yang lain, memang simpan dalam kepala ni. pengalaman, ilmu macam2 ada. memang tak dapat nak lupa. tenaga pengajar jugak bagus2. ramah. rasanya macam dah jatuh cinta dekat pendidikan khas. fyi, kita tak pilih bidang ni. dulu2 kita pilih math sebab result spm cantik untuk math ngan addmath. tapi sekarang, jangan ditanya tentang addmath. hu3

p/s pbs terakhir untuk semester depan nak pergi sekolah mana pulak ye?
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

5 comments:

Nur Affini Mohd Mashudi said...

uih... pengalaman adalah ciktu terbaik :)

Ila Aqilah said...

huhu..cam touchinglah dengan budak tu cakap dia bukan budak normal..isk2..

Fatin said...

fini; yup,pngalaman mmg guru tbaik

k qila; touching kan?hu3

TunTeja said...

best kan pbs?! :)

Fatin said...

t teja, best...tp next sem dh last pbs =(