27.1.12

Jumpa lagi!

Mulai isnin nnti, rumate saya dh tukar org.huaaa... jd, sebelum cuti ni kita buatlah advance besday party kat dy. sebab pasni konfom dh x jumpa 3 bulan. akceli dia salu ckp, 'pizza, kepci, mecdi!' kita yang tengah x da elaun ni memendam rasa je la. last2 dapat je elaun yang memang sebelum cuti, kita pun ajak dia g makan. dia yang pilih. makan pizza fortune! sedap, udang dia besa2.

ni gamba lama masa dia belanja kita takoyaki. fes time makan takoyaki udang jugak!

ni la pizza fortune. harap pizza ni jadi kenangan kita hari terakhir jd rumate.


p/s boleh bca dgn lebih lanjut kat ilovepanda ni. dy buat entri ni lepas balik dr makan pizza...hua...sedih! xleh nak tulis
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

15.1.12

Istighfar

Sudah menjadi lumrah manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa.

sumber : psipum

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

Falsafah 5 jari

Klik gambar utk tumbesaran

p/s sumber ilham psipum

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

15.12.11

Doa Taubat



Tak jemu. Dengarlah~

Maksud:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa.
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha.

p/s maksud ambik dr sini.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

10.12.11

Hepi Besday ke 22!

hepi besday to u, fatin! TENGS BEBANYAK pada yang wish guna henpon, fb. oh, aku dah 22 tahun. kalo nak kira dosa, pahala. seyes takot.

jd, sempena ulangtahun kelahiran ni, aku berusaha mjadi yang tbaik. nak buang benda buruk yang nampak simple, remeh. tapi kalo dah jadi habit nampak buruk sgt. contoh? apa lagi, tangguh kerjala. hish...itu benda 1st skali aku nak buang. hum...doakan ye~

tima kasih mak ngan ayah yg mbesarkan kakak sampai macam ni. kakak xtau nk bls mcm mna.huhu xleh cite pnjg2,sebak.

tima kasih jugak bibik, embah ngan atok sebab mengajar erti bdikari yang sebenar di hari lahir aku walaupun hanya satu malam. moga atok semakin sihat, moga embah dan bibik sentiasa awet muda hihi.

tadi mak cerita, al kisah dulu2 mak ngan ayah sambung belajar, jadi aku ngan abang aku duk ngan embah. aku cakap 'nak makan ikan besar'. sebab, taulah ikan kat kampung kan ikan masin, ikan talapia. mana ada ikan merah yang gemuk2 tu. hish, banyak benda ko kena belaja hidup kampung, hidup susah sikit, fatin. tapi aku rasa, aku dah tak macam tu. tak pilih makan. sedap xsedap pun aku belasah je. jarang tengok pinggan aku ada tinggal nasik. kalo ada tu, maknanya memang aku tak larat. bukan gelojoh o-wat-so-eve, tapi aku rasa sayang gila nasik tu. mgkin sebab aku penah rasa hidup susah kot. nak cite? xyahlah. habit aku paling tak suka bab makan ni bila tengah makan ko cakap 'tak sedapla' ape la. walaupun ko tengok aku diam je, aku rasa macam nak penampo je. depan makanan ko cakap macam tu. ko rasa xsedap, xyah makan, masak sendiri. haha garang tak, garang tak?

awat cite pasal makan ni? bila saya mula merepek ni memang macam ni. oklah, rasanya sampai di sini sahaja. semoga anda2 dapat memenuhi masa cuti anda dengan aktiviti yang tidak sia-sia. haha..


p/s motif? ntahlah.sekian
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

4.12.11

Normal ok..

Hari pertama kat rumah (bila mula cuti) check berat maintain 45kg.

Hari ke10, check berat 48kg. ok...

Hari ke14, huaaaa.....50kg. yes!

Link
Sebenarnya, memang nak naikkan berat badan pun. Sebab, tak nak underweight. Akhirnya, saya berjaya naikkan berat badan 5kg dalam masa 2 minggu! Resepinya? Makan macam esok dah nak balik maktab. Muahaha...

Aish...kena ikut mak g jogging plak la pagi2 pas ni sebab nak maintainkan 50kg ni. Tak nak lah sampai 51kg. Taknak taknak!

Kepada mereka2 yang nak kira bmi tanpa pening2 picit kalkulator, bolehlah pergi kat laman web kurnia.com ni.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

27.11.11

Walk For Diabetes

Lepas exam ri tu, mak cik kita kol.

'Nana balik bila? Ikut bibik pegi walk for diabetes boleh?'

Of kos boleh.

Jadi, ahad tu kita pun pegi la dekat menara condong, teluk intan. Semua ni sempena melawat Perak...kot. Xsure la.

Walk for diabetes. Utamakan kesihatan anda.

Sampai2 je terus aerobik.

Overall, biasa je. Tapi agak keciwa dgn pengurusan. Tak sistematik. Mungkin last minute kot. Kot la. Yang lain xpasti, tapi yang pasti cara pengendaliannya yang tak berapa menyenangkan terutama macam mana dia tentukan pemenang. Lain, macam soklan yang diberi. Hum...rasa boleh diperbaiki lagi kalau buat akan datang.

Next, jenjalan kat ipoh. Sbnrnya bukan jenjalan pun. Sebab ayah ada kelas, jadi kitaorg pun kira macam menemani ayahlah. 3hari 2 malam. Sempat pergi jalan2 kejap je sebab cuaca tak berapa mengizinkan. Kitaorg g stesen ketapi kat ipoh ni. Dulu tengok je dari jauh. Walaupun tengok2 je, suka tengok seni bina dia. Serius, ipoh ni bnyak bangunan yang klasik2.

Muahaha...
Cantik kan?

Pagi2 kitaorg pergi jogging. Kawasan ni baru nak membangun dengan taman perumahan. Desa Chemor.


Petang tadi balik kampung lepas balik kenduri orang kawin. Owh, banjir rupanya. Dalam perjalanan nak balik kampung tu terjumpa la 2 ekor biawak. Pertama tu tak de la besar mana. Yang kedua tu, gile seram tengok. Macam biawak komodo kat indon tu. Tapi kering sikit la. Seyes besar. Walaupun kat maktab banyak gak biawak, tapi biawak ni tak leh lawan. Pastu jumpa pulak kura-kura. Terkedek-kedek lalu tengak jalan besar. Kitaorang xlanggar pun. Cuma, tak taulah lepas keter kitaorang. Saya doakan kamu selamat lah ye...

Ni dah kira surut jugaklah, kata atuk.

Mari kita dayung sampan. Walaupun air setinggi sejengkal, diaorang ni nak jugak naik sampan. Biasalah, jarang jumpa kan.

Budak comei. 'Jangan tegur budak biru angry bird tu'.hihi


Nak balik rumah, pergi jeti Bangan Datoh. Dah lama tak pergi walaupun dekat. Hum...bukan nak kondem ke apa ke, cuma banyak sampah. Serius tak terjaga. Kan tempat ni jadi tumpuan, rasanya tak salah kalau kemaskan sikit. Rumput kat taman permainan punyalah panjang, tapi budak2 men belasah je main. Yelah, dah tak de tempat lain dah. Tak yah nak bangunkan macam2, cuma, TOLONGLAH bersih sikit.

Dulu, masa kat Miri, pagi lepas subuh dah de orang datang untuk bersihkan tempat2 macam ni. Lepas tu, nak dekat maghrib datang lagi sebab nak kemaskan sampah2. Serius bersih tempat tu. Tapi, tak guna jugak kalau pengguna tak paham bahasa. Buang sampah sebelah tong sampah. Tong sampah punyalah besa. Kat mana2 pun sama je. Selalu nampak benda macam ni jadi.


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

15.11.11

Hepi Becoming Besday!

lambat sket post entri ni sbb mslh teknikal m'transfer' gmbo dr henpon. eleh, 1 je pun gmbrnye..huhu

tanggal 12 Nov, PINOT,SUE,EYA,DEBOT,FAZ,AIDA,YUS telah mn'surprise' kan kita ngan kek nih.muahaha....sbnrnya dh agak tp kita x dptlah nak expect diaorg akan buat mlm tu.yelah, besday i kan korang salu smbut b4 nak cuti pnjg.nasib tahun ni kitaorg jadi baik sebab xde nk simbah2 air, calit2 kek kat muka.sebab dulukan dh kena tego..kiki ala,bkn salu pun kitaorg wat.dalam 1 blok ni, kitaorg je yg wt cenggini.xpe, kitaorg dh bsara.haha

tengs ye korg.kek ni sedap,tengs to pinot.hihi licin habis kek ni dibelasah.sambil2 tu, siap duk berceritala.BERCERITA ok,bkn ngumpat.Abih2 je org sume dh balik,PINOT bg surprise! hadiah kotak.sblm ni terlepas ckp yg kita nak kotak cantik.kosong pun xpe.hihi tapi dia bg ada isi kat dlm.tudung.semalam(isnin) kita pakai dah.yela,rumate i hadiahkan....& tadi balik dr exam je ptg da bekas pensil wane hijo kt dlm kotak tu. hadiah lagi. dia buat masa kita exam.hua.....segan dah ngan pinot! sayang ketat2~ *blush2*


tu je kot nak cite.btw,TENGS kpd sume2 yg mjayakan majlis sempoi2 nih.habis burn 1 malam xbaca buku nk exam.kiki....
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

13.11.11

Exam

Yeye! lagi EMPAT paper nak habis dah. Pastu balik rumah. Yeye!

Hum..Empat lagi ye? banyaknye..huhu

Gud luck kpd semua.

Smoga lebih kritis & kreatif dlm mbina jwpn anda nnti!



Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~