27.11.11

Walk For Diabetes

Lepas exam ri tu, mak cik kita kol.

'Nana balik bila? Ikut bibik pegi walk for diabetes boleh?'

Of kos boleh.

Jadi, ahad tu kita pun pegi la dekat menara condong, teluk intan. Semua ni sempena melawat Perak...kot. Xsure la.

Walk for diabetes. Utamakan kesihatan anda.

Sampai2 je terus aerobik.

Overall, biasa je. Tapi agak keciwa dgn pengurusan. Tak sistematik. Mungkin last minute kot. Kot la. Yang lain xpasti, tapi yang pasti cara pengendaliannya yang tak berapa menyenangkan terutama macam mana dia tentukan pemenang. Lain, macam soklan yang diberi. Hum...rasa boleh diperbaiki lagi kalau buat akan datang.

Next, jenjalan kat ipoh. Sbnrnya bukan jenjalan pun. Sebab ayah ada kelas, jadi kitaorg pun kira macam menemani ayahlah. 3hari 2 malam. Sempat pergi jalan2 kejap je sebab cuaca tak berapa mengizinkan. Kitaorg g stesen ketapi kat ipoh ni. Dulu tengok je dari jauh. Walaupun tengok2 je, suka tengok seni bina dia. Serius, ipoh ni bnyak bangunan yang klasik2.

Muahaha...
Cantik kan?

Pagi2 kitaorg pergi jogging. Kawasan ni baru nak membangun dengan taman perumahan. Desa Chemor.


Petang tadi balik kampung lepas balik kenduri orang kawin. Owh, banjir rupanya. Dalam perjalanan nak balik kampung tu terjumpa la 2 ekor biawak. Pertama tu tak de la besar mana. Yang kedua tu, gile seram tengok. Macam biawak komodo kat indon tu. Tapi kering sikit la. Seyes besar. Walaupun kat maktab banyak gak biawak, tapi biawak ni tak leh lawan. Pastu jumpa pulak kura-kura. Terkedek-kedek lalu tengak jalan besar. Kitaorang xlanggar pun. Cuma, tak taulah lepas keter kitaorang. Saya doakan kamu selamat lah ye...

Ni dah kira surut jugaklah, kata atuk.

Mari kita dayung sampan. Walaupun air setinggi sejengkal, diaorang ni nak jugak naik sampan. Biasalah, jarang jumpa kan.

Budak comei. 'Jangan tegur budak biru angry bird tu'.hihi


Nak balik rumah, pergi jeti Bangan Datoh. Dah lama tak pergi walaupun dekat. Hum...bukan nak kondem ke apa ke, cuma banyak sampah. Serius tak terjaga. Kan tempat ni jadi tumpuan, rasanya tak salah kalau kemaskan sikit. Rumput kat taman permainan punyalah panjang, tapi budak2 men belasah je main. Yelah, dah tak de tempat lain dah. Tak yah nak bangunkan macam2, cuma, TOLONGLAH bersih sikit.

Dulu, masa kat Miri, pagi lepas subuh dah de orang datang untuk bersihkan tempat2 macam ni. Lepas tu, nak dekat maghrib datang lagi sebab nak kemaskan sampah2. Serius bersih tempat tu. Tapi, tak guna jugak kalau pengguna tak paham bahasa. Buang sampah sebelah tong sampah. Tong sampah punyalah besa. Kat mana2 pun sama je. Selalu nampak benda macam ni jadi.


Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

4 comments:

Rapunzel Rambut Pendek said...

Selamat bercuti....hehehehehehhe

Mihevoli said...

Slmt bcuti jugak! hihi...

Kacang Pool said...

Ahha, kat maktab banyak biawak jugak ke? Huahua
2 orang player Malaysia gagah mendayung sampan nak pergi training. hakhak

*Nice picture! =)

Mihevoli said...

k.pool; bnyk tau biawak.xpnh nmpk ke?huhu tengs!