31.5.11

Ramlee Awang Murshid

Bukan nak cerita pasal orangnya tapi pasal penulisannya. Novel pertama yang kita beli ialah Semangat Hutan. Da jugak sambungannya, tapi kita tak beli sebab masa sekolah mana ada duit sendiri nak beli novel sesuka hati. Tapi sambungan cerita tu sampai yang ketiga je, rasanya. InsyaAllah kita beli pelan2 sebab dah jarang nampak. Dah lama kan.

Ni ha, nak cerita sebenar2nya. Sambungan novel Bagaikan Puteri nih dah sampai ke 5 dan KONFOM2nya akan keluar yang ke6 sebab lepas je habis baca Sutera Bidadari, tak puas hati! Kena tunggu paling2 awal pun setahun nak keluar sambungannya.

Kenapa kita suka cerita nih? Hum...kita rasa bukan kita je suka, tapi ramai kot. Bayangkan masa nak beli Sutera Bidadari tu, tengok2 dah habis. Sedangkan beberapa hari sebelum tu stok baru sampai sampai bertimbun2 novel ni. Nasib ada Sue yang tolong tanya dekat akak tu. Rupanya ada lagi cuma tinggal beberapa je dan tertindih dengan buku lain. Kita dengan terujanya bacalah. Ingatkan dah nak habis, rupanya...ish..

Tapi tak pe sebab kita rasa berbaloi sangat ikut novel bersiri macam ni. Sebab dia tak bertumpu kepada CINTA semata. Tapi ada AKSI. Bukan senang tau nak tulis novel aksi sebab kena menterjemahkan aksi2 tu dalam bentuk penulisan supaya orang tak skip bila baca, he3... Yelah, kalau boring je baca mestilah kena skip. Macam baca surat khabar. Bagi kita, bahagian sukan terus skip.kih3

KALAULAH novel ni difilemkan. Pergh, kalah kot citer2 luar negara. Tambah lagi ada Hang Tuah, drakula, pontianak, makhluk2 ajaib. Memang best. Yang logik, logiklah, yang tak logik tu, faham2lah. Dah nama pun fiksyen. Sama macam Harry Potter. =P Kalau suka tengok cerita cinta ala-ala Nur Kasih, konfom suka cerita nih. Tapi kalau nak buat filem mestilah kena cantik dan ada kualiti. KALAULAH..
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

4 comments:

koala lady said...

nak!!!!!!
fatin, saya dah baca smpy buku yg mana ea? lupa. hehe...

Mihevoli said...

hari tu mira baca sampai hijab sang pencinta je...tunggu sampai malaysia ye sayang,bru dapat baca.huhu...

Nur Affini said...

kite nak baca buku cam tu tp baru buka satu page da zzz :p

Mihevoli said...

u xblh bca bku cenggini.hihi..xpe,nnt kt ctakan..kiki