30.5.11

Andrea Hirata

Pernah tengok cerita Laskar Pelangi? Cerita ni mengisahkan tentang penduduk di daerah Belitong, Indonesia. Narator cerita ni ialah Ikal. Kalau siapa2 pernah tengok cerita ni mesti tau Ikal yang mana satu. Ala...yang rambut kerinting halus + kaler mata dia yang cantik + suka dekat gadis cina, Ai Ling.

Novel yang dikarang oleh Andrea Hirata ni ada 4 siri. Sekarang ni yang dah difilemkan ada 2; Laskar Pelangi & Sang Pemimpi. Tapi, kita belum tengok Sang Pemimpi ni. Otw, tengah download. Sapa2 nak download, leh la download kat sini.

Sebulan yang lepas, kita tertarik dengan novel Padang Bulan sebab dia ada dua novel dalam 1 buku. Cover dia pun macam simple je. Tengok harga, terus g kat kaunter. Tak tahu pun novel ni sambungan tetralogi Laskar Pelangi tu. Memanglah novel ni terjemahan dari bahasa Indonesia ke bahasa MELAYU. Tapi, bahasa dia tetap boleh faham. Kadang-kadang kita tergelak sendiri. Ayat biasa je cuma cara dia persembahkan cerita tu kelakar. Kadang-kadang jugak rasa macam tak akan berlaku dalam masyarakat kita, tapi TAK MUSTAHIL berlaku. Contohnya, Maryamah yang ingin bertanding catur kena pakai purdah & ada tirai kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah. Yelah, pertandingan catur tu tak pernah disertai oleh orang perempuan. Tak tahulah bagi orang lain, tapi bagi kita sangat pelik. Tapi, tak mustahil berlaku.

Dikatakan bahawa, gambar di atas ni merupakan Laskar Pelangi yang sebenar. Wah, terujanya! Kita memang suka cerita-cerita yang diadaptasi dari kisah sebenar ni. Tak rugi tengok cerita ni. Lagi2 pada mereka yang bakal menjadi cikgu. Tengok tau!

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

No comments: