10.4.11

Dating!

Dah 2 tahun setengah I dekat JohorBahru, dia dekat Skudai. Baru sekarang nak jumpa. Orang tegur, ngapa panggil 'awak' 'saya'? Kitaorang memang macam tu. Ramai jugak yang pelik sebenarnya. Dah lama kenal tapi masih panggil formal. Eh, tapi bagi I sweet tau. Dia lagi setahun nak graduate. I? lagi 3 tahun ok. I memang sayang JB ni. Lagi2 IPTI. hi3 Pada tanggal 9 April 2011 kami pun decide untuk berjumpa.

Kesian diaorang lama pusing2 carik maktab nih. Ala...apa salahnya kan, sekali sekala.hi3 Destinasi pertama ialah CS. Itu je paling dekat. Diaorang tanya, jalan mana nak g CS. I ni lambat sikit bab cam jalan. Lagi2 macam I ni yang kaki jalan (tangan di bahu, mata pandang ke atas). Tapi adalah Eric yang tau jalan2 kat JB nih. Sampai jugaklah dekat CS. Destinasi pertama pergi makan! Food courtlah yang paling dekat. Pastu tengok wayang. Yang datang 5 orang tapi yang tengok wayang 3 orang je ok. Yang lagi 2 tu operasi mencarik baju untuk dinner dia, Bell & bf dia (tak ingat nama, sorry).
Lepas hampir2 jam 5 tu kitaorang gerak pergi Taman Merdeka. hujan ok. Dan tempat tu dah tak terjaga. Dahlah tak ada JB Catering memang macam kena tinggal. Kalaulah tempat tu dijaga, serius cantik. Kitaorang datang situ untuk photoshoot. Dia nak photoshoot. Kitaorang buatlah. Tak hujan dah tapi langit gelap. I ni bab posing2 memang fail. Kalau bagi gred markah memang tak ada D+ dah. G terus. hu3 Maaflah ye semua.Lepas tu singgah Cencen a.k.a. Cenderawasih sebab semua dah kehausan. Diaorang excited sebab dapat wifi dekat sini. Masing2 mengeluarkan handphone. Eric dah tak banyak cerita dah, senyap dengan pesbuknya. Yelah, tengah hot pasal GOP Kantoi diaorang. Tak mau lah citer. Itu cerita mereka. I dengar je hi3.

Masa nak bayar dekat kaunter, abang Cencen tu tegur. 'Fatin tak sombong'. I pun pelik lah. Tanya lagi kenapa. 'Yelah, selalu budak2 yang bawak kawan dari luar sombong'. Oh...gitu rupanya. Patutlah masa I datang Cencen tu abang tu macam takut2 je nak ambik order. Takut I buat2 tak kenal dia. Hum..I bukan nak kata I baik ke apa tapi I ni dahlah 2 tahun setengah makan kat sini. Kejam sangat2lah kalau buat2 tak kenal. Lagipun kenapa nak buat2 tak kenal? Malu? Pikirlah sendiri ok. 5 tahun setengah kat sini ok.
Sambung cerita, lepas tu diaorang g hantar I masuk maktab. Konlusinya, best kua ngan diaorang. Sempoi gila. InsyaAllah kita kua sama lagi. Roger je.

Sebenarnya dia dalam entri ni ialah Nurliyana Fatin. Sama kan nama kitaorang? Special tau! I kenal dia masa tingkatan 3. Kita pun baru pindah kat sekolah tu. Matrik pun sama. Sekarang dia belajar dekat UTM. Apapun dear, I wish u dapat graduate lagi setahun. Tak nak extend2, ok.
p/s sorrylah kita membahasakan diri kita I untuk entri kali ni sebab kita kalau mesej dengan dia memang I, I, U, U...hi3

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

2 comments:

nyOng.is.me said...

i ok jek... he tu ok x i komen kat blog u? =)

Fatin said...

ok je.. u ni..hu3