15.5.11

Ibu Mereka

Jumaat lepas kita pergi SK Majidi Baru. Sebab... kena pergi lah. Tengs kepada pihak sekolah sudi terima walaupun last minit & kepada mereka2 yang menjayakan program nih. Hum..Tujuan kitaorang datang sekolah ni sebab untuk menemubual ibu bapa pelajar pendidikan khas. Tak banyak nak cerita sebab datang jam 8 balik jam 10. Cuma nak cerita sikit pasal ibu yang kami temu bual pasal anak dia. Kita sedar masa si ibu bercerita saat kami soal tentang si anak, mata si ibu bergenang dengan air mata. Si ibu berusaha menyembunyikan rasa hati dia sebenar. Sedih woo... Hati ibu mana yang tak sedih bila lihat anak yang sebegitu. Namun, mujurlah si ibu ni redha & menerima anaknya seadanya. Pengorbanan si ibu tak akan terbalas. Pahala tak payah cakap lah. Sabar memang perlu ada.

Aduh..macam mana nak jadi cikgu ni kalau tengok anak murid macam tu pun dah sedih. Sabar ye fatin.
Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

No comments: