28.5.11

Keranamu Cantik

Cantik?

Ikut tradisi orang dolu2, macam2 cara yang diaorang buat untuk menonjolkan kecantikan mereka. Tapi, kecantikan ini hanya berlaku pada suku-suku mereka sahaja.

Salah satunya ialah suku Apatani di India. Sumbat lubang hidung dengan buluh yang dipotong mengikut ukuran lubang hidung. Jadi tak ada satu rongga pun yang akan membenarkan udara masuk. Lagi satu, diaorang akan buat dua set tatu iaitu garisan selari dari dahi ke hujung hidung dan satu lagi kat dagu. DAN hanya perempuan yang mengamalkannya. Lelaki, tidak! Kenapa? Mengikut cerita2 orang2 kat sini, tujuan sebenarnya bukanlah untuk kecantikan tapi untuk nampak tidak cantik. Dulu2 gadis2 Apatani ni dianggap gadis tercantik dan selalu diculik. Jadi, untuk mengelakkan dari diculik, diaorang pun buatlah amalan ni. Hum...macam mana kalau selesema ek? Euww...

Bagi etnik Mursi, Ethopia pulak dengan melubangkan bibir adalah sangat cantik. Sapa yang tak ikut amalan ni, mereka ni konfom tak akan ada lelaki yang akan jadi suami mereka. Ish3... Mula2 diaorang lubangkan bawah bibir dalam 1/2 cm. Lepas tu diletakkan sepotong kayu sehingga luka tu sembuh. Dalam masa tu, sejenis piring bulat yang diperbuat daripada kayu atau tanah liat dimasukkan ke dalam bibir. Argh! Sakitnya... Pada pendapat mereka, lagi besar bibir, lagi besar ganjaran waktu perkahwinan diaorang.

Gambar kat bawah ni pulak ialah Elizabeth Bathory. Sapa dia ni? Dia digelar Vampire / Blood Queen sebab sanggup membunuh untuk mengekalkan kejelitaannya. Mangsa2nya ialah perawan2 dari golongan bangsawan. Dia hanya mahukan darah menggantikan air, untuk mandi & kadang kala untuk minuman. Bila pihak polis buat siasatan setelah ramai golongan bangsawan yang hilang, Elizabeth ni pun disiasat & ditangkap. TAPI, dia dikecualikan dari dihukum bunuh kerana dia ada imuniti undang2. Yelah, golongan bangsawan kan. Penolong2 dia je yang kena hukum bunuh. Dia dihukum penjara di dalam bilik sendiri dan akhirnya menemui ajal di situ.

Sebab apa kita cerita pasal ni ek? sebab...kita terbaca dalam majalah Infiniti April 2011. Terdetik di hati ni, orang dulu2 pun dah obses dengan kecantikan apatah lagi sekarang yang lebih advanced dari segi perubatan, kosmetik, dll. Yang hitam boleh jadi putih, yang senget boleh jadi elok.

Kenapa tak nak cantikkan hati? Hum...akal fikiran ke?

Itu je untuk post kali ni. Tengs sebab sudi baca. Salam~

2 comments:

Ila Aqilah said...

huhu..yaiy! bagi mereka mungkin sakit untuk cantik itu berbaloi..adeh

Mihevoli said...

bg mrk...hu3